Tip Rumah Tangga Terhindar Dari Penyondol

Tip Rumah Tangga Terhindar Dari Penyondol

Tip Rumah Tangga Terhindar Dari Penyondol.


Definisi penyondol.

Penyondol adalah salah satu perbuatan yang dilakukan samaada secara fizikal atau maya dengan menganggu secara sengaja atau todak akan rumah tangga orang lain. Ia lebih difokuskan kepada individu (perempuan) yang menyukai suami orang lain, atau dalam erti kata lainya, ingin kahwin dengan suami orang lain.

Ia selalunya berlaku, apabila individu (perempuan) di usik atau disukai individu (lelaki) yang telah berkeluarga, samaada secara sengaja atau tidak, namun berterusan yang meninggalkan rasa kasih dan sayang antara satu sama lain. Hal ini menjadikan individu (perempuan) tidak dapat melupakan dan seterusnya melepaskan individu (lelaki) yang disukainya.


Dalam situasi lain, penyondol juga adalah disifatkan di kalangan individu (perempuan) yang secara tidak langsung menyukai dan mencintai individu (lelaki) walaupun ianya telah berumah tangga. Situasi semulajadi yang wujud, menyebabkan individu (perempuan) berusaha untuk mendapatkan individu (lelaki) berkenaan dengan pelbagai cara. Namun demikian, jika rezekinya maka ianya tidak akan ke mana, dan sebaliknya. 



Tip Rumah Tangga Terhindar
Dari Penyondol



Dalam situasi ini, terdapat beberapa tip yang boleh dilakukan agar rumah tangga terhindar daripada penyondol, antaranya;


  • Pertama.

Tingkat pengetahuan agama antara satu sama lain, saling melengkapi dan ingat mengingati antara satu sama lain khususnya agama agar amalan semakin bertambah baik.


  • Kedua.

Berkomunikasi secara harmoni sentiasa, agar pemahaman yang baik antara satu sama lain dapat diwujudkan. Elakkan daripada meninggi suara serta mengeluarkan kata - kata negatif yang boleh mengguris hati dan dirisaukan membawa kepada kerenggangan rumah tangga.


  • Ketiga.

Berfikiran positif sentiasa dengan meletakkan diri pada paksi yang baik. Sentiasalah mengingatkan diri bahawa diri telah berkeluarga dan sanyangilah diri serta keluarga dengan baik.


  • Keempat.

Hindari diri daripada penyondol walau dalam apa juga situasi. Dalam erti kata lain, jangan terlampau melayan insan lain selain isteri sendiri. Fahamilah bahawa isteri adalah insan terbaik, kurniaan Ilahi. Ketahuilah bahawa penyatuan itu adalah nikmat darinya.


  • Kelima.

Elakkan pergaulan bebas, khususnya dengan wanita. Hal ini, apabila seorang individu (lelaki) yang telah berumah tangga dan bergaul secara bebeas dengan golongan perempuan lain selain isteri, sudah tentu menimbulkan curiga dan sangsi pada isteri, melainkan individu (lelaki) faham dan dapat menepis segala godaan - godaan yang berada di hadapan atau mendatang.



Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Manfaat AI Dalam Pendidikan