Biodata Adam Corrie, Artis

Biodata Adam Corrie, Artis

Biodata Adam Corrie, Artis


Sepintas lalu.

Adam Corrie merupakan salah seorang pelakon lelaki Malaysia yang aktif dalam dunia lakonan. Beliau menggunakan nama Adam Corrie selepas memeluk Islam. Sebelum memeluk Islam beliau menggunakan nama Corrie Lee. Manakala sebelum terlibat dengan bidang lakonan, nama Frankie Lee digunakan ketika aktif sebagai pereka tari dan penari profesional.

Beliau dilahirkan dalam keluarga berbangsa Cina yang asalnya beragama Buddha di Pulau Pinang. Merupakan seorang anak tentera, beliau mampu berbahasa Kantonis, Hokkien, Inggeris dan Melayu dengan baik sekali.

 

Beliau terkenal dengan peranan antagonis dan telah berlakon sebanyak 31 buah filem. Antara filem-filem lakonan beliau termasuklah:

  • Spinning Gasing (2001)
  • Pontianak Harum Sundal Malam (2004)
  • GK3 The Movie (2005)
  • Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam (2009)
  • Evolusi KL Drift 2 (2010)
  • KL Gangster (2011–2013)

 

Kerjaya sebagai seorang penari, beliau pernah menjadi penari di beberapa rancangan televisyen termasuk Hiburan Minggu Ini dan Muzik-Muzik. Beliau pernah menjadi kolumnis jemputan di akhbar Metro Ahad selama dua tahun dari 2016 hingga 2018 di ruangan HIdayah. Beliau juga ialah seorang pereka tari profesional (koreografer).

 


Biodata Adam Corrie, Artis



 Anugerah dan penghargaan: 

  • Juara – Peter Stuyvesant Dance Competition -1995
  • Juara - Big 2 World Dance Championship di Filipina -1999
  • Calon Tokoh Maal Hijrah Kesenian peringkat Wilayah Persatuan 2016
  • Tokoh Maal Hijrah 1439h / 2017 - Saudara Kita peringkat Negeri Selangor
  • Ikon Jom Celik Al-Quran MAIWP 2020  
  • Duta MAIWP 2020 - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan 


Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Maulana Tersohor Di Dunia