Biodata Hannah Delisha, Artis

Biodata Hannah Delisha, Artis

Biodata Hannah Delisha, Artis


Sepintas lalu.

Hannah dilahirkan pada 27 Oktober 1996 sebagai Hannah Adlina Blackburne Birch. Beliau ialah anak kepada pasangan Peter Blackburne Birch yang berasal dari England dan Noor Ashikin Ahmad yang berasal dari Singapura. Ibunya ialah seorang penyanyi era 1980-an.




Biodata Hannah Delisha, Artis




Pekerjaan beliau adalah salah seorang pelakon, penyanyi, model dan pengacara Singapura. Beliau memulakan kerjayanya sebagai ahli kumpulan Delisha, seterusnya muncul dalam beberapa drama televisyen terbitan MediaCorp Suria. Awalnya mula mencipta nama di Malaysia menerusi drama adaptasi novel Mencintaimu Mr. Photographer.




Permulaaan kerjaya.

Hannah merupakan bekas ahli kumpulan duo Delisha, yang dianggotai beliau sendiri dan Mia Delisha. Mereka menghasilkan lagu yang berjudul "Retak" dan selepas menjadi penyanyi solo pada tahun 2015, beliau menghasilkan single pertamanya yang berjudul "Anugerah". "Anugerah" merupakan lagu ciptaan Akir dan Frozen dari kumpulan Hyper Act. Pada tahun 2017, beliau kemudiannya menghasilkan single keduanya, "Esok Masih Ada" yang juga merupakan lagu ciptaan Akir dan Frozen daripada kumpulan Hyperact. Pada tahun 2018, beliau menghasilkan single ketiganya, "Tak Perlu Kata Apa-Apa".

Selain berkemampuan menyanyikan lagu Melayu, Hannah sebenarnya juga boleh menguasai lebih sepuluh lagu pelbagai bahasa. Antaranya lagu Hindi, Jepun, Arab, Sepanyol dan Cina yang dipelajarinya secara berperingkat - peringkat hasil tunjuk ajar daripada ibunya sendiri, penyanyi zaman 80-an, Noor Ashikin Ahmad yang mesra dikenali sebagai 'Kakcik Wujud' kerana beliau dikenali dengan menghasilkan beberapa CD dan DVD ekspedisi realiti paranormal dengan anggota-anggota krew Wujud. Wikipedia.



Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Maulana Tersohor Di Dunia