Biodata Hattan, Artis

Biodata Hattan, Artis

Biodata Hattan, Artis


Sepintas lalu

Yang Hormat Dato' Haji Mohd Shukri atau lebih dikenali dengan panggilan nama "Hattan"dilahirkan pada tarikh 21 Disember 1964. Dia merupakan salah seorang penyanyi, pelakon dan penggubah lagu Malaysia. 

Lagu "Memburu Rindu" ciptaan M. Nasir telah menaikkan nama Hattan selaku penyanyi solo yang popular di awal tahun 1991.

Dato' juga sering menjadi juri dalam pelbagai rancangan realiti televisyen. Ketegasannya sangat menarik minat ramai dalam memilih dan memberi komen membina kepada setiap para peserta yang bertanding.




Sejarah Kehidupan peribadi

Awalnya, beliau pernah berkahwin dengan Arianie Mohd Abidin pada 17 Disember 1996 sebelum bercerai talak satu pada 10 Mac 2005 di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, ADAM EIMAN (lahir 1998).

Beliau kemudiannya mendirikan rumah tangga bersama Farah Asyikin Othman, pada 11 November 2011 di kediaman penyanyi tersebut di Seri Menanti sebelum bercerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Pilah pada 12 Januari 2012.

Beliau kembali menikahi bekas isterinya DATIN ARIANIE pada 24 Julai 2013.




Biodata Hattan, Artis






Ikuti artikal lain yang bermanfaat;


👉  Maksud aidilfitri







Sejarah Permulaan Kerjaya muzik

Beliau dilahirkan di Seri Menanti, Negeri Sembilan. Sebelum bergiat aktif sebagai penyanyi solo Hattan pernah menganggotai Kumpulan FRU dan pernah merakamkan album yang berjudul Kelahiran pada tahun 1988.

Beliau kemudiannya meneruskan kerjaya sebagai penyanyi solo dan telah melahirkan deretan album-album yang mengandungi banyak lagu popular sepanjang zaman. Antara lagu-lagu beliau yang masih menjadi siulan sehingga kini ialah Memburu Rindu, Mahligai Syahdu, Dari Kekasih Kepada Kekasih, Rendang Tak Berbuah, Rindu Bertandang Lagi dan Rona-rona Cinta. Beliau juga turut mempopularkan loghat Negeri Sembilan menerusi lagu Biso Bonar.

Karakter vokal yang dimiliki beliau juga unik dan menjadikan beliau salah seorang penyanyi rock lagenda tanahair. Maka tidak hairanlah beliau kerap diberi peluang merakamkan semula lagu-lagu yang pernah dipopularkan oleh penyanyi lain namun dengan cara dan identitinya tersendiri.

Hattan juga dikenali sebagai antara penyanyi yang lantang mempersoalkan kemasukan lagu-lagu artis luar negara yang adakalanya dilihat agak berlebihan dalam industri muzik tempatan. Sikap terus-terang beliau ini agak kurang disenangi beberapa pihak. wikipedia.



Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Maulana Tersohor Di Dunia