Biodata Jamal Abdillah, Artis

Biodata Jamal Abdillah, Artis

Biodata Jamal Abdillah, Artis


Sepintas lalu.

Dato' Jamal Ubaidillah Haji Mohd Ali ataupun lebih dikenali sebagai Jamal Abdillah dilahirkan pada tarikh 7 Mei 1959 dan merupakan salah seorang penyanyi lelaki Malaysia.

Beliau mula popular dan dikenali ramai setelah muncul sebagai juara pertandingan Bintang RTM pada 1979. Selepas itu, namanya mula memuncak menerusi lagu-lagu "Perpisahan Tanpa Relamu", "Derita Cinta", "Azura", "Sandarkan Pada Kenangan", "Kau Lupa Janji", "Cinta Yang Terbiar", "Kekasih Awal dan Akhir" dan "Penghujung Rindu".

Beliau ialah antara salah seorang penyanyi Malaysia yang berjaya menghasilkan album solo di setiap 4 dekad berturut-turut selain Dato' M Nasir, Dato' Sharifah Aini, Anita Sarawak, Dato' Khatijah Ibrahim, Ramlah Ram, ND Lala, Hattan, Alleycats dan Noraniza Idris. Jamal turut berkecimpung dalam bidang lakonan dengan membintangi beberapa filem pecah panggung seperti Azura serta Kekasih Awal dan Akhir. Selain itu, beliau juga telah mendapat gelaran Raja Pop Malaysia.



Biodata Jamal Abdillah, Artis



Sepanjang kerjayanya, Jamal pernah meraih gelaran Persembahan Vokal Lelaki Terbaik sebanyak dua kali oleh Anugerah Industri Muzik (AIM) serta pernah juga memenangi trofi Penyanyi Lelaki Popular di acara tahunan Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH). Anak-anak beliau, Zaki Yamani dan Osama Yamani meneruskan perjuangan beliau dalam bidang muzik. wikipedia.


Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Maulana Tersohor Di Dunia