Biodata Sufian Suhaimi, Artis

Biodata Sufian Suhaimi, Artis

Biodata Sufian Suhaimi, Artis


Sepintas lalu

Berasal dan dilahirkan di Mersing, Johor. Bakatnya dalam bidang muzik bermula sejak berusia belasan tahun dan mula memetik gitar semasa sekolah menengah. Beliau juga banyak menyertai pertandingan nasyid disekolahnya.

Semasa menuntut di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), beliau bergiat aktif dalam bidang muzik dan menyertai satu kumpulan muzik, De’ Mahameru. Sufian merupakan guru Bahasa Inggeris dan Matematik di Johor Bahru sebelum melanjutkan pengajiannya dan menjadikan bidang nyanyian sebagai kerjaya sepenuh masa.

Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam Bahasa Inggeris dari UniSZA dan Ijazah Sarjana dalam komunikasi massa di Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam.


Nama sebenar beliau adalah Sufian bin Haji Suhaimi dilahirkan pada tarikh 3 Mei 1992 dan merupakan seorang penyanyi lelaki Malaysia. Beliau popular menerusi single hits beliau iaitu "Terakhir" dan "Di Matamu", yang mana kedua-duanya turut layak ke Anugerah Juara Lagu ke-31 dan ke-33 yang berlangsung masing-masing pada 2017 dan 2019. Kedua-dua lagu tersebut digubah dan ditulis liriknya oleh beliau sendiri dengan dua rakannya Sirkhan dan Rinkarnaen.





Biodata Sufian Suhaimi, Artis







Sejarah Permulaan Kerjaya Sebagai Seorang Artis.

2016: "Terakhir" dan kejayaan

"Terakhir" telah dicipta oleh Sirkhan pada 2012. Sufian, Sirkhan dan Rinkarnaen mengambil masa lebih dua tahun untuk menyiapkan lagu ini. Asas dari lagu tersebut ialah peralatan rakaman yang dibelinya dengan wang simpanannya dan kemudian dimuat naik ke SoundCloud oleh Sufian.[8] Seorang peminat memuat naik lagu itu di YouTube dan ia mula menarik perhatian peminat. Beberapa syarikat rakaman muzik ingin melamar Sufian sebagai artis rakaman, namun beliau menolak tawaran tersebut kerana menyifatkan konfliknya kerana pertaliannya dengan muzik rock. Hasil perbincangan bersama Sirkhan membawa kepada keputusanya untuk mengikat kontrak dengan syarikat rakaman, Sufian menyertai Aries Music pada awal 2016. 

"Terakhir" telah dirakamkan semula dan dikeluarkan di iTunes pada Mac 2016. Single ini menjadi kejayaan komersial seluruh negara dan layak bertanding di Anugerah Juara Lagu. Single keduanya, "Harus Aku" dikeluarkan pada Oktober 2016. wikipedia.


Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Maulana Tersohor Di Dunia