Biodata Zulin Aziz, Artis

Biodata Zulin Aziz, Artis

Biodata Zulin Aziz, Artis


  • Sepintas lalu.

Zulin Aziz atau nama sebenarnya iaitu Farah Azleenda Abdul Aziz dilahirkan pada tarikh 26 November 1989 merupakan salah seorang pelakon, pelawak, pengacara, penyanyi dan penyampai radirny Malaysia. Beliau juga adalah alumni Pilih Kasih musim pertama dan penyampai radio Suria FM.

 

  • Sejarah Kehidupan peribadi

Zulin lahir dan membesar di kota bandaraya metropolitan Kuala Lumpur, dan merupakan salah seorang bekas pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Desa, Bandar Country Homes. Pada bulan Mac 2018, beliau mendedahkan di akaun Twitter miliknya bahawa beliau pernah menjadi mangsa dera pembantu rumahnya sendiri semasa zaman kanak-kanaknya.

Dia mempunyai seorang anak angkat yang bernama Puteri Eryna Amanda yang juga anak kepada rakan baiknya yang turut berkhidmat sebagai pembantu peribadinya.

Sudut kesihatan, pada Disember 2017 Zulin dikesan menghidap penyakit cyst selepas mengadu sakit perut dan cirit birit.

Pada 20 Februari 2022, Zulin sah menjadi isteri kepada Farhan Norzaini yang merupakan rakan kongsi perniagaannya.

 



Biodata Zulin Aziz, Artis



  • Kerjaya

Zulin Aziz memulakan kerjaya dalam dunia lakonan pada 2009 selepas bakatnya dicungkil oleh Datuk Rosyam Nor menerusi rancangan reality pencarian bakat baharu dalam bidang lakonan, Pilih Kasih musim pertama.

Penampilan drama televisyen pertama Zulin iaitu Begitukah Cinta yang dibintangi oleh Nazim Othman dan Ainul Aishah yang disiarkan di TV3 pada 2011. Sejurus itu, beliau ditawarkan oleh pengarah Shamyl Othman bagi membintangi filem Rembat yang dibintangi oleh Zizan Razak dan Shaheizy Sam; Zulin menjayakan watak Didie. Filem ini ditayangkan pada 8 Oktober 2015.

Dalam dunia muzik pula, Zulin memulakan kerjaya muziknya pada 2017 dengan mengeluarkan single sulungnya bertajuk "Terbiar" yang bergenre bossa balada hasil nukilan Aiyad Sakti dan Ijoo Omar. Diikuti dengan single kedua, "Keliru" yang dikeluarkan pada Februari 2018.

Sejak Julai 2016, beliau menjadi penyampai radio Suria FM. Zulin merupakan antara penyampai baru yang diserapkan ke Suria termasuk Fizi Ali dan Suraya Borhan. Zulin memegang watak Mira Edora Senrose dalam filem aksi komedi suspens 2016, Bo-Peng yang dibintangi oleh Nabil Ahmad dan Johan As'ari.

 

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Maulana Tersohor Di Dunia