Cemburu, Suami Bunuh Isteri Guna Tukul Besi

Cemburu, Suami Bunuh Isteri Guna Tukul Besi

Cemburu, Suami Bunuh Isteri Guna Tukul Besi


Bukit Besi, Dungun, Terengganu. Satu kejadian bunuh telah berlaku di Kampung Besol pada Rabu semalam.  Dilaporkan seorang mangsa (wanita) baru pulang ke rumahnya selepas menghantar anaknya ke sekolah.



buletintv3/ majoriti

Cemburu, Suami Bunuh Isteri
Guna Tukul Besi




Mangsa yang dikenali sebagai, Rubiah Sabtu dilaporkan mengalami cedera parah di dahi dipercayai dibunuh suaminya dengan menggunakan tukul besi.


Maklumat awal yang diperolehi, wanita yang burumur 41 tahun itu dibunuh selepas berlaku perselisihan faham antara mangsa dan suaminya yang berusia 32 tahun, dipercayai akibat cemburu.

Terdahulu semasa kejadian, pasangan itu didakwa mula bergaduh, dan setelah itu suspek keluar dari rumah dan pergi ke rumah datuknya yang tidak jauh dari lokasi kejadian.


Suspek kemudian memaklumkan kepada kakaknya yang dia sudah membunuh isterinya menggunakan tukul besi sambil menangis dan ketakutan.



Sementara itu, Ketua Polis Daerah Daerah Dungun, Superintendan Baharuddin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah HSNZ Kuala Terengganu untuk bedah siasat.

Polis sudah menahan suspek untuk siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.



Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Manfaat AI Dalam Pendidikan