Panorama Desa Dairy Farm Kundasang.
Desa dairy farm kundasang merupakan salah satu destinasi pelancongan yang terkenal di negeri Sabah di bawah bayu. Kawasan berkenaan terletak di pergunungan dengan suasana iklim yang sejuk.
Kawasan desa sangat menarik dan terasa suasana yang nyaman seperti berada di kawasan perkampungan.
Panorama Desa Dairy Farm Kundasang |
Kawasannya yang sejuk dan nyaman memberi kepuasan penuh, untuk melegakan tekanan serta merehatkan anggota badan.
Selain daripada itu, persekitaran desa dairy farm kundasang di rimbuni pelbagai jenis bunga - bunga yang sangat cantik dan segar.
Panorama Desa Dairy Farm Kundasang |
Desa dairy farm kundasang boleh dikunjungi dengan menggunakan kenderaan pacuan empat roda dan mengambil lebih kurang 90km perjalanan dari pintu gerbang udara Bandaraya Kota Kinabalu.
Pelawat atau pelancong yang ingin bersiar - siar di kawasan berkenaan boleh singgah bermalam di kawasan homestay yang terdapat di sekitarmya.
0 Comments