Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat Al-Quran yang pertama kepada Nabi Muhammad saw hingga seterusnya secara berperingkat-peringkat sehingga menjadi satu kita atau buku yang lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini.
Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad saw. Pada ketika itu, baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M.
Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi Muhammad saw maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam.
Ayat Al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah swt kepada Nabi Muhammad saw melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq. wikipedia.
Kitab suci Al - Quran adalah kitab yang syumul dan menjadi panduan hidup kepada ummat manusia di muka bumi Allah swt. Selain itu, kandunganya yang lengkap serta mudah di baca, apalagi jika di baca secara taranum.
0 Comments