Persiapan Sebelum Sambut Hari Raya Aidilfitri

Persiapan Sebelum Sambut Hari Raya Aidilfitri

Persiapan sebelum sambut hari raya aidilfitri


Hari raya aidilfitri adalah salah satu perayaan besar yang di sambut oleh ummat muslim di seluruh dunia, setelah tamat menjalani ibadah puasa di bulan ramadan. Perayaan berkenaan di raikan setahun sekali dengan penuh gilang gemilang. Selain bermaaf - maafan, hari raya aidilfitri juga mampu menyatukan insan dengan lebih harmoni.




Persiapan Sebelum Sambut
Hari Raya Aidilfitri





Justeru itu, berikut adalah antara persiapan sebelum menyambut hari raya aidilfitri yang mungkin berguna sebagai rujukan dan pandua, antaranya;


  • Pertama.
Menunaikan ibadah puasa selama sebulan (berkemampuan) di bulan ramadan dengan penuh khusyuk dan gembira.


  • Kedua.
Membayar zakat fitra mengikut kadar yang ditetapkan oleh Ahlijawatankuasa berwajib. Zakat fitra boleh di bayar di kauter pungutan zakat atau pada Amil yang di amanahkan di sesuatu kawasan, seperti Masjid atau Surau.


  • Ketiga.
Membeli pakaian baharu yang disukai dan mengikut kemampuan. Memakai pakaian baharu di hari pertama hari raya aidilfitri adalah sunnah dan seterusnya bergerak ke Masjid untuk meunaikan solat sunnat hari raya aidilfitri secara berjemaah.


  • Keempat.
Membeli barang - barang keperluan asas yang diperlukan seperti juadah kueh mueh, bahan basah dan lain - lain lagi untuk hidangan juadah di hari raya aidilfitri kepada para tetamu yang bertandang ke rumah.


  • Kelima.
Membersihkan halaman dalam dan luar rumah agar kelihatan bersih dan selesa daripada kekotoran atau segala habuk. Tindakan gotong - royong bersama keluarga adalah cara terbaik dan dalam masa sama mengeratkan ikata silaturrahim antara satu sama lain.


  • Keenam.
Membuat perancangan awal untuk aktiviti yang berkaitan agar semua ahli keluarga dapat dimaklumkan awal dan berhimpun dengan selamat bagi bersama - sama meraikan perayaan hari raya dengan penuh gembira.




Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Manfaat AI Dalam Pendidikan