Sejarah Permulaan Al - Quran

Sejarah Permulaan Al - Quran

Sejarah Permulaan Al - Quran


Permulaan kitab suci Al - Quran terjadi apabila Nabi Muhammad saw mencapai usia 40 tahun, baginda kerap melawat gua Hira di Jabal al-Nur setiap tahun, dan membawa bekal bersamanya untuk tinggal di sana selama sebulan penuh untuk beribadah dan bertafakur. Umat ​​Islam percaya bahawa pada suatu malam hari Isnin 21 Ramadan (bersamaan 10 Ogos 610), ketika baginda sedang bertafakur di Gua Hira, Malaikat Jibril mendatangi Muhammad. Jibril membangkitkannya dan menyampaikan wahyu Allah di telinganya. Baginda diminta membaca. Baginda menjawab, "Saya tidak tahu membaca". 


Jibril mengulangi tiga kali meminta Muhammad untuk membaca tetapi jawapan baginda tetap sama. Akhirnya, Jibril berkata:


"Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya."


Ayat-ayat Quran yang pertama diturunkan oleh malaikat Jibril ialah permulaan Surah al-Alaq. Muhammad berasa ketakutan setelah mendapat wahyu pertamanya. Setelah pulang ke rumah, Muhammad diberi dukungan dan kata-kata semangat oleh Khadijah dan sepupunya yang beragama Nasrani, Waraqah bin Nawfal.




Sejarah Permulaan Al - Quran




Baginda turut khuatir orang lain akan menganggapnya sebagai orang gila. Wahyu pertama itu diikuti oleh selang selama tiga tahun yang dikenali sebagai fatra dan Nabi Muhammad saw merasa sedih selama tempoh tersebut. Apabila wahyu berterusan, dia mendapat semangat dan diperintahkan untuk mulakan dakwah. wikipedia.



Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Manfaat AI Dalam Pendidikan