Kerja atau pekerjaan adalah merujuk kepada sesuatu benda atau perkara yang dilakukan demi mendapatkan upah berupa wang ringgit. Sektor kerja lazimnya terbahagi kepada beberapa bentuk, iaitu perkhidmatan, perkilangan, pembuatan dan lain - lain lagi.
Lazimnya untuk mendapatkan kerja, kelayakan akademik dan juga pengetahuan pengalama adalah sangat perlu agar majikan berkeyakinan untuk menawarkan pekerjaan tersebut.
Tip Memohon Kerja.
- Pertama.
Lihat iklan jawatan kosong di media sosial seperti facebook, surat khabar dan lainya. Pastikan jawatan kosong yang ditawarkan bertepatan dengan minat dan keleyakan yang dimiliki.
- Kedua.
Sediakan resume serta salinan sijil - sijil akademik yang disahkan benar untuk persediaan awl bagi memudahkan ditunjukkan kepada organisasi yang menawarkan pekerjaa.
- Ketiga.
Sekiranya organisasi yang menawarkan iklan jawatan kosong adalah berdekatan dengan anda, ada baiknya anda terus menghantar sahaja borang serta sijil anda terus ke organisasi berkenaan. Ia sangat membantu kepada anda untuk mengenali secara dekat akan kakitangan dan kesahihan organisasi berkenaan.
- Keempat.
Tiba awal dengan berpakaian yang sesuai dan segak serta bersemangat semasa menghadiri temuduga. Buat persediaan awal dengan banyak membaca agar soalan - soalan yang diajukan oleh majikan atau penemuduga dapat dijawab dengan penuh yakin.
0 Comments