Biodata Azrel Ismail, Artis

Biodata Azrel Ismail, Artis

Biodata Azrel Ismail, Artis


Sepuntas lalu

Azrel Ismail adalah salah seorang artis yang aktif dalam dunia lakonan. Penampilan beliau yang penuh bertenaga apabila melakonkan sesuatu watak sangat memberi kepuasan kepada para peminatnya.

Beliau sentiasa tampil di kaca televisyen dan berperwatakan sederhana serta mudah d santuni dengan baik oleh lapisan masyarakat, apatalagi para peminatnya.




Biodata Azrel Ismail, Artis






Sejarah Kerjaya

Azrel Ismail memulakan kerjaya lakonan pada 2011, pada usia 27 tahun; dua tahun selepas menyertai Pertandingan Lelaki Maskulin 2008/2009 yang turut disertai oleh Mustaqim Bahadon. Penampilan pertamanya di televisyen ialah menerusi drama seram, Santau Merasuk, kemudian diikuti oleh watak sampingan sebagai Dr. Hakimi dalam drama romantik Cinta Buat Emelda.

Azrel kemudian melakonkan peranan sampingan dalam filem aksi 8 Jam arahan Ahmad Idham lakonan Shaheizy Sam dan Yana Samsudin. Setahun berikutnya, beliau menjadi pelakon undangan dalam salah satu episod siri televisyen keislaman, Zikir Hati, "Dendam" yang bersiaran pada bulan puasa Ramadhan di TV3.

Beliau mendapat penghargaan meluas dalam kerjaya lakonan menerusi gandingannya bersama Janna Nick dalam siri drama Syurga Nur untuk siaran di Slot Akasia TV3, memegang watak sebagai Dr. Haris. Azrel kemudian berlakon di samping Ady Putra dan Diana Danielle dalam filem drama epik Hanyut arahan U-Wei Hj Saari, berdasarkan daripada novel Almayer’s Folly karya Joseph Conrad.

Azrel digandingkan bersama Ruhainies dalam drama komedi romantik, Menantu Ting Tong yang bersiaran di TV3. Kemudian beliau digandingkan bersama Raysha Rizrose dalam Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin, turut berlakon ialah Idris Khan.

Beliau memegang watak sebagai Omar dalam filem drama sejarah Pulang arahan Kabir Bhatia, yang dibintangi oleh Remy Ishak dan Puteri Aishah. Filem ini ditayangkan pada 26 Julai 2018. wikipedia.

 



Ikuti Artikal Lain Yang Bermanfaat:

👉  Manfaat Bersukan







Maklumat Diri.

Nama:
  • Azrel Bin Ismail


Tahun kelahiran:
  • Lingkungan tahun 1980 - an


Tarikh lahir:
  • 16 Januari 1984


Umur:
  • 39 tahun

Asal:
  • Taiping Perak, Malaysia 


Pekerjaan:
  • Pelakon


Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Maulana Tersohor Di Dunia