Kelebihan Hari Jumaat
Hari jumaat adalah hari yang mulia dan penghulu segala hari berbanding dengan hari - hari yang lain. Hari yang mulia hari jumaat menyimpan banyak peristiwa baik yang mana hingga ke hari ini masih menjadi dalam ingatan setiap insan manusia.
Hari Jumaat adalah hari yang teramat istimewa kerana Islam meletakkan hari Jumaat sebagai ketua dan ganjarannya lebih banyak berbanding dengan hari-hari yang lain. Dalam suatu hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ada menyebut:
“Jumaat dinamakan sebagai ‘Sayyidul ayyam’ iaitu penghulu segala hari (sebaik-baik hari).” sinarislamplus.
Kelebihan Hari Jumaat |
Hari mustajab untuk berdoa
Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Pada hari itu
terdapat suatu masa di mana seorang hamba Mukmin apabila meminta (berdoa)
kepada ALLAH sesuatu kebaikan, melainkan ALLAH memakbulkan doanya atau ia
meminta ALLAH melindunginya daripada sesuatu kejahatan.” (Hadis
Riwayat at-Tirmizi) sinarislamplus.
0 Comments