Selamat Hari Gawai 2023.
Hari gawai adalah salah satu pesta yang di sambut setahu sekali oleh masyarakat Dayak khususnya di Negeri Sarawak. Pesta ini adalah sangat meriah kerana dapat menyatukan masyarakat di kawasan berkenaan dengan lebih harmoni.
Sumber wikipedia menghuraikan bahawa Hari Gawai Dayak merupakan pesta tahunan yang disambut oleh orang Dayak di Sarawak, Malaysia dan Kalimantan Barat, Indonesia pada 31 Mei dan 1 Jun. Pesta ini merupakan cuti umum di Sarawak dan majlis keagamaan dan sosial yang diiktiraf sejak 1957.
Hari
Gawai Dayak merupakan konsep yang dibawa oleh penerbit radio, Tan Kingsley dan
Owen Liang daripada komuniti Dayak. Kerajaan kolonial British enggan
mengiktiraf Hari Dayak sehingga 1962. Mereka hanya memanggilnya sebagai
"Hari Sarawak" dengan melibatkan semua orang Sarawak sebagai hari
kebangsaaan, tanpa mengira asal etnik.
Gawai bermaksud
"perayaan" dan Dayak pula nama kolektif untuk orang
peribumi di Sarawak, Kalimantan dan pedalaman Borneo. Bilangan penduduknya
dianggarkan antara dua hingga empat juta orang. Orang Dayak, sebelumnya
dikenali sebagai Dayak Laut kebanyakannya orang Iban.
Kumpulan etnik lain yang diiktiraf terdiri daripada orang Bidayuh (Dayak Darat dan Orang Ulu).
Orang Ulu termasuklah orang Kayan, Kenyah dan Lun Bawang.
Terdapat lebih daripada 200 subkumpulan etnik di wilayah ini. Walaupun mereka
memiliki ciri-ciri persamaan, tetapi mereka memiliki dialek, adat, undang-undang,
wilayah dan budaya tersendiri.
Bahasa Dayak dikategorikan sebagai sebahagian daripada bahasa Austronesia. Orang-orang rumpun Dayak
mempercayai pemujaan roh betara yang tersendiri tetapi
sejak kebelakangan ini, ramai yang memeluk agama Kristian.
Selamat Hari Gawai 2023 |
Justeru daripada itu, hari gawai banyak memberi manfaat kepada masayarakat selain daripada perpaduan, ia juga boleh meningkatkan pengetahuan untuk mengenali budaya suku kaum berkenaan. Ia juga boleh diaplikasikan dalam kajian, dimana menjadi sumber pengajaran kepada generasi muda yang akan datang.
0 Comments