Selamat Hari Ibu 2023
Hari Ibu ialah hari pengiktirafan kaum ibu, yang disambut pada hari-hari berbeza di kebanyakan tempat merata dunia. Hari Ibu sama peranannya dengan Hari Bapa yang mengiktiraf golongan bapa.
Hari Ibu disambut pada hari berbeza antara negara kerana berbagai-bagai asal-usulnya.
Selamat Hari Ibu 2023 |
Satu aliran pemikiran mengakui bahawa perayaan ini lahir dari satu adat pemujaan ibu di Yunani Purba, yang menyambut satu perayaan untuk Cybele, ibu dewa-dewi Yunani yang agung. Perayaan ini diadakan sekitar equinoks musim bunga di Asia Kecil dan tidak lama kemudian di Rom dari 15 hingga 18 Mac.
Orang Rom Purba juga menyambut sebuah perayaan bernama Matronalia yang memperingati dewi Juno, dan ibu lazimnya diberi hadiah pada hari ini. wikipedia.
Lazimnya, sesebuah institusi keluarga akan menyambut hari ibu mereka mengikut cara masing - masing, ada yang menyambutnya dengan membawa ibu makan bersama serta menghidangkan kek sebagai penyeri.
Justeru itu, di ucapkan selamat hari ibu yang jatuh pada tarikh 14 Mei kepada semua ibu - ibu di seluruh dunia. Semoga para ibu - ibu sentiasa sihat dan dipermudahkan urusan.
0 Comments