Tip Jimat Elektrik Rumah.
Bekalan elektrik adalah sangat perlu pada masa kini untuk semua isi rumah. Ketiadaan bekalan elektrik boleh menyebabkan kerosakan barang - barang khususnya yang mengunakan sumber tenaga elektrik seperti peti ais, penghawa dingin, mesin basuh dan lain - lain lagi.
Bekalan tenaga elektrik yang mencukupi sudah pasti memberi kesan kepada peningkatan perbelanjaan bayaran bil dan juga pembaziran.
Oleh yang demikian, tindakan bijaksana haruslah ada dalam diri setiap masyarakat agar penggunakan tenaga elektrik digunakan secara berhemah dan bijak pandai.
Berikut adalah antara beberapa tip jimat elektrik yang boleh di laksanakan dalam kehidupan seharian, antaranya;
- Tip pertama.
Matikan suis elektrik di rumah segera apabila selesai digunakan. elakkan bersihat tangguh atau berlengah.
- Tip kedua.
Kurangkan penggunaan penghawa dingin dalam rumah, jika cuaca mendung atau sejuk atau hujan janganlah memasang penghawa dingin.
- Tip ketiga.
Nyalakan satu lampu sahaja iaitu d ruang tamu apabila hendak tidur, Penggunaan minima mampu menurunkan bil elektrik dengan baik.
- Tip keempat.
Tampal stiker di setiap soket atau plug untuk peringatan bersama agar orang - orang dalam rumah terdidik untuk mematikan suis atau plug dengan segera selepas menggunakanya.
- Tip kelima.
Gunakan satu lampu sahaja yang boleh memberi cahaya meluas atau menerangi seluruh dalam rumah, Gunakan lampu led yang lebih menjimatkan dan memberi cahaya terang berderang.
0 Comments