Tip Kehidupan Sentiasa Ceria
Tip Kehidupan Sentiasa Ceria |
- Tip Pertama.
Doa, tungkatkan amalan doa kepada Allah swt dengan memohon agar sentiasa diberikan kehidupan yang ceria. Doa harian setiap pagi boleh di lafazkan dalam bahasa yang diketahui, namun afdalnya adalah dalam bahasa arab, dengan penuh kesungguhan dan keikhlasan.
- Tip Kedua.
Senyum dan ketawa, adalah satu perbuatan positif yang memberi kesan kepada kesihatan dalaman dan luaran anggota badan. Tindakan sedemikian membantu kepada rohani untuk lebih bahagia dan ceria sentiasa.
- Tip Ketiga.
Bersosial cara baik, adalah sangat penting. Tindakan bergaul dengan orang - orang yang baik secara langsung mendidik naluri atau perangai atau tabiat kepada lebih matang dan positif. Mental dan fizikal yang sihat secara langsung membantu kepada keceriaan dan keriangan hidup sepanjang masa
- Tip Keempat.
Penjagaan pemakaan sihat, adalah sangat penting demi kestabilan anggota badan kepada keseimbangan yang baik. Pengambilan zat makanan yang sihat dan seimbang, secara langsung menghasilkan antibodi badan yang normal dan ceria melakukan aktiviti harian.
- Tip Kelima.
Letakkan diri pada paksi seimbang, bermaksud sentiasa muhasabah dalam apa juga perkara atau liku - liku hidup yang di hadapi. Pastikan mental dan fizikal bertindak secara sihat dan ceria. Pengawalan yang baik, pasti mampu menghasilkan daya badan yang sihat selalu.
0 Comments