Biodata Ella, Artis

Biodata Ella, Artis

Biodata Ella, Artis


Sepintas lalu,

Nor Zila Haji Aminuddin atau lebih dikenali dengan mononim Ella dilahirkan pada tarikh lahir 31 Julai 1966. Beliau merupakan salah seorang penyanyi, pemuzik dan pelakon wanita Malaysia. Dilahirkan di GelugorPulau Pinang, memulakan kerjayanya pada 1983 sewaktu berusia 17 tahun dengan menyertai kumpulan Moonracker sebelum meninggalkan kumpulan itu dan bergiat aktif sebagai penyanyi di kelab malam. 

Selepas berjaya mencipta nama sebagai penyanyi kelab malam, bakatnya mulai dikesan oleh sebuah kumpulan rock, The Boys yang akhirnya dikenali sebagai Ella & The Boys yang mana mereka terkenal menerusi lagu "Dua Insan Bercinta".




Biodata Ella, Artis




Klik link dan ikuti artikal lain yang bermanfaat:






Sejurus daripada itu, dan selepas meninggalkan Ella & The Boys pada 1987, Ella kemudian mencipta nama sebagai penyanyi solo dan menandatangani kontrak rakaman bersama Warner Music Malaysia dan merakamkan album solo pertamanya, Pengemis Cinta (1989) yang berjaya mencapai jualan melebihi 100,000 unit. Lagu-lagu seperti "Pengemis Cinta" dan "Permata Biru" dikeluarkan sebagai single utama. 

Sejak itu, Ella mula aktif merakamkan beberapa lagi album yang menjadi kejayaan komersial seperti Puteri Kota (1990), 30110 (1992) dan Ella USA (1994). Beliau juga turut berjinak - jinak dalam bidang lakonan dengan membintangi filem Bayangan Maut (1991), Pemburu Bayang (1993) dan Hanya Kawan (1997). Beliau juga pernah menjadi duta untuk beberapa jenama terkenal seperti L.A. Gear, Levi's, dan Canon.

Sepanjang karyanya, antara pencapaian peribadi dalam kerjaya beliau ialah menjadi artis Malaysia pertama yang merakamkan album video, menjadi artis tempatan pertama yang merakamkan album penuh di Amerika Syarikat dan tercatat dalam The Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai "Artis Wanita Pertama Yang Mempunyai Penjualan Album Terbanyak". Beliau juga ialah satu-satunya artis Malaysia yang dipilih menyanyikan lagu tema Sukan Komanwel (SUKOM). Dikenali oleh media sebagai Ratu Rock Malaysia, beliau merupakan satu-satunya penyanyi wanita Malaysia yang berjaya menguasai muzik rock. Selain itu, Ella juga ialah antara artis yang menerima bayaran tertinggi dan termahal bagi suatu undangan nyanyian. wikipedia.

 

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Cara Meningkatkan Ilmu Pengetahuan Diri