Kebaikan Dan Keburukan Bercinta Di Usia Remaja

Kebaikan Dan Keburukan Bercinta Di Usia Remaja

Kebaikan Dan Keburukan Bercinta Di Usia Remaja

Remaja pada umumnya merujuk kepada golongan manusia yang berusia 10 hingga 19 tahun. Perkataan 'remaja' berasal daripada perkataan bahasa Sanskrit. Golongan ini sentiasa mempunyai perasaan ingin mencuba dan sedang menuju ke tahap untuk menjadi dewasa. Dari sudut perkembangan kemahiran, remaja merujuk kepada satu peringkat perkembangan manusia, iaitu peringkat transisi antara peringkat kanak-kanak dan peringkat remaja.

Semasa seseorang itu mengalami zaman remaja dia akan mengalami pelbagai perubahan yang drastik, termasuklah perubahan jasmanisosialemosi, dan bahasa. Akibat daripada itu, orang remaja merupakan orang yang emosinya tidak stabil, dan sentiasa "bermasalah". wikipedia.

Dalam pun begitu berdasarkan sumber portal Dewan Selangor, kumpulan belia dibahagikan kepada tiga kategori berdasarkan konsep perkembangan psikologi manusia iaitu belia remaja (15 hingga 18 tahun), belia muda (19 hingga 24 tahun) dan belia dewasa (25 hingga 30 tahun). 

Lanjutan daripada itu, keinginan remaja yang ingin mencuba situasi atau perkara baru membuat remaja mempunyai tahap keberanian tinggi untuk melakukanya, termasuklah ke alam percintaan.



Kebaikan Dan Keburukan Bercinta Di Usia Remaja



Ikuti artikal lain yang bermanfaat:

👉  Jenis Jodoh Menurut Islam

👉  Doa Agar Sentiasa Sihat Dan Taat




Lazimya, mengupas isu percintaan terdapat banyak kebaikan dan keburukan bercinta di usia remaja, antaranya;


Kebaikan.

  • Berpeluang untuk saling kenal mengenali antara satu sama lain dengan lebih baik. Perkenalan meliputi tingkah laku, kelebihan dan kekurangan.
  • Bersemangat dalam melakukan sesuatu kerja yang dilakukan kerana adanya orang yang tersayang yang sering membantu.
  • Pemikiran akan menjadi lebih matang apabila minda digunakan secara bijaksana sepanjang bercinta



Keburukan. 

  • Usia remaja adalah tingkat zaman persekolahan, oleh itu dengan melakukan percintaan ia boleh menyebabkan gangguan kepada pembelajaran apabila perbalahan berlaku antara dia pihak.
  • Pergaduhan diluar jangkaan apabila terdapatnya sesuatu perkara yang menyentuh perasaan salah satu pihak.
  • Jodoh yang dikenali belum ada kepastianya, samaada mendapat restu daripada antara pihak kedua keluarga, kerana kedua - duanya masih remaja.


Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Manfaat AI Dalam Pendidikan