Tip Berjaya Dalam Perniagaan

Tip Berjaya Dalam Perniagaan

Tip Berjaya Dalam Perniagaan

Perniagaan atau berniaga adalah satu jalan yang terbaik dan merupakan punca pendapatan yang paling lumayan berbanding makan gaji. Telah ditetapkan bahawa kekayaan atau hasil adalah 90% datangnya daripada perniagaan.

Perkara sedemikian juga terbukti menerusi orang - orang terdahulu yang rajin berniaga dan mendapat kekayaan luar biasa, antaranya ;

  • Dr. Lee Yean Wang
Dikenali sebagai Dr Mos atau Dr Nyamuk, gelaran unik yang diberi kepada usahawan ini sudah pasti menarik perhatian ramai.

Nama sebenarnya Lee Yean Wang, merupakan anak jati dari Sungai Petani Kedah. Beliau memperoleh falsafah kedoktoran (PhD) pada 2007.

Dengan kepakaran dimiliki, Dr Lee Yean Wang berjaya menghasilkan produk kawalan nyamuk X’Mos, memanfaatkan lebih 100 ribu pengguna.



Tip Berjaya Dalam Perniagaan



  • Nur Dalila dan Zahedy

Kisah pengusaha perniagaan Songkok Masood Hussin, Nur Dalila Abdul Ghani, 41 dan Zahedy Zakariah, 43 cukup mengagumkan.

Mewarisi kepakaran pembuatan songkok daripada arwah datuk, Nur Dalila tekad meneruskan legasi perniagaan tradisi itu bersama suami.

Terkenal dengan hasil buatan yang kemas, teliti dan selesa, Dalila dan Zahedy sentiasa mencari cara untuk menaik taraf produk mereka.


Klik link dan ikuti artikal lain yang bermanfaat:

👉 Tip Berjaya Dalam Pendidikan

👉 Lakukan Perkara Ini Agar Badan Kelihatan Lebih Unggul



Lanjutan daripada itu, terdapat beberapa tip berjaya dalam perniagaan, antaranya:

  • Kesungguhan dan keyakinan
Dalam arena perniagaan, kesungguhan dan keyakinan diri perlu ada dengan lebih kental. Hal ini sangat penting kerana dalam perniagaan pasti banyak cabaran dan dugaan dihadapi terutamanya untung dan rugi. Oleh yang demikian, kekuatan mental dan fizikal adalah sangat penting agar perniagaan yang dilakukan dapat dihadapi dengan berjaya.


  • Ilmu pengetahuan 
Ilmu pengetahuan adalah sangat penting apabila hendak memulakan perniagaan. Lazimnya ilmu boleh diperolehi dari pelbagai sumber baik di media cetak mahunpun di media elektronik. Kemantapan ilmu di dalam dada, sudah pasti membawa kepada keyakinan tinggi untuk melakukan perniagaan. Dalam pada itu, kecundang dalam perniagaan akan semakin nipis dari masa ke semasa. 


  • Amalan (Ibadah dan Doa)

Lazimnya, sehebat mana pun ilmu pengetahuan dan keyakinan diri, tindakan melelui amalan ibadan dan doa kepada Allah swt haruslah dilakukan dengan penuh kesungguhan dan khusyuk. Hal sedemikian sangatlah penting, kerana yakinlah bahawa setiap perkara, kejadian adalah dengan izinya.


Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Manfaat AI Dalam Pendidikan