Zaman teknologi adalah zaman di mana hampir semua teransaksi dapat di lakukan secara atas talian.
Hari ini, pelbagai peranti applikasi media sosial di bangunkan oleh sesebuah organisasi dan juga individual.
Teknologi yang maju dan serba boleh berupaya membantu pembangunan sesebuah negara dengan baik.
Klik link dan ikuti artikal lain yang bermanfaat:
Lazimnya terdapat banyak kelebihan memiliki media sosial pada masa kini, antaranya;
- Pertama.
Mempercepatkan urusan atau teransaksi seharian samaada belian, jualan atau perniagaan. Penjimatan kepada masa dan tenaga dapat ditingkatkan dengan lebih maju dan pantas setiap masa.
- Kedua.
Memperluas kegiatan atau aktivi sosial dikalangan masyarakat setempat. Lazimnya dengan memiliki platform media sosial secara tidak langsung interaksi rangkaian perbualan dan kenalan dapat diperluaskan dengan lebih jauh. Dalam masa sama, situasi berkenaan secara langsung membawa kepada keutuhan ikatan silaturrahim yang baik.
- Ketiga.
Memiliki media sosial seperti facebook, instagram, tiktok dan lain-lain lagi adalah sangat baik kerana ia membantu menyebarkan dan memperluaskan rangkaian jualan serta aktiviti promosi ke sekitar kawasan lain. Hal ini secara langsungnya membawa kepada peningkatan pendapatan dengan lebih cepat.
- Keempat.
Media sosial yang di tadbir secara integriti sudah pasti memberikan kesan yang positif. Masyarakat ramai yang melihat dan membaca isi kandungannya akan mendapat manfaat ilmu pengetahuan. Situasi berkenaan secara langsungnya membantu orang ramai untuk lebih gemar membaca dan meningkatkan ilmu pengetahuan dalam diri.
- Kelima.
Kelebihan memliki media sosial baik satu atau lebih adalah tindakan positif, kerana ia boleh membantu kepada penjanaan pendapatan dari masa ke semasa.
0 Comments