Aktiviti Harian Bermanfaat.
Aktiviti merupakan salah satu perkara yang dilakukan oleh seseorang setiap hari. Ia merangkumi aktiviti yang di rancang ataupun tidak. Setiap aktiviti yang dilakukan adakalanya memberikan kepuasan dan sebaliknya.
Aktiviti Harian Bermanfaat |
Sehubungan itu, terdapat banyak aktiviti harian yang bermanfaat kepada diri mahupun orang lain apabila ianya dilakukan, antaranya:
- Senaman
Senaman adalah satu aktiviti sihat yang dilakukan di awal pagi atau sebelah penang. Senaman santai, mampu membuahkan hasil kepada kesihatan anggota tubuh badan agar sentiasa kelihatan aktif, sihat dan lebih bersemamgat.
- Gotong-royong bersama jiran tetangga
Aktivi gotong-rotong adalah satu perbuatan yang dilakukan secara lebih daripada seorang. Aktiviti berkenaan boleh dilakukan bersama keluarga atau jiran tetangga. Kelebihan gotong-rotong mampu memgukuhkan lagi silaturrahim dikalangan sesama insan.
- Mencuci kenderaan
Mencuci kenderaan mampu memberikan kesan kepada ke aktifan fizikal anggota badan. Ia biasanya dilakukan di waktu pagi. Aktiviti ini bukan sahaja bermanfaat, malahan mampu menjimatkan ekonomi isi rumah. Dalam masa yang sama masa terluang juga dapat di isi dengan baik dan kenderaan persendirian sentiasa kelihatan bersih dan selesa.
- Bersia-Siar
Bersiar-siar dikawasan yang menarik dan selamat mampu meningkatkan pengetahuan serta pengalaman terhadap sesuatu panorama alam. Dalam pada itu, aktiviti ini juga boleh menghindari seseorang daripada bebanan berfikir serta ia boleh membantu kepada menghilangkan tekanan dan kemurungan.
0 Comments