Biodata Aminuddin Harun, Yb

Biodata Aminuddin Harun, Yb

Biodata Aminuddin Harun, Yb


Sepintas lalu

YAB Dato' Seri Aminuddin Harun merupakan seorang ahli politik di Malaysia. Beliau merupakan Menteri Besar Negeri Sembilan yang ke-8 dan ke-9 bermula 14 Ogos 2023, Pengerusi Pakatan Harapan Negeri Sembilan dan merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Sembilan untuk DUN Sikamat. Pada 19 Disember 2022, beliau telah dilantik menjadi Ahli Parlimen Port Dickson menggantikan YAB Dato Seri Anwar Ibrahim yang telah dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10.

Aminuddin telah dilahirkan pada 2 Jan 1967 di Kampung Pachitan, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Beliau telah menerima pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Merah, Port Dickson sebelum melanjutkan pelajaran di Institut Teknologi Mara (sekarang UiTM) dalam bidang perniagaan.



Biodata Aminuddin Harun, Yb



Klik link dibawah dan ikuti kandungan artikal yang bermanfaat:

Tip Berjaya Dalam Perniagaan



Beliau kemudiannya bertugas sebagai pegawai penyiasat Badan Pencegah Rasuah dari 1991 hingga 1995. Pada 1995, beliau menyertai syarikat Golden Hope Furniture Sdn Bhd sebagai ketua pengurusan pengeluaran dan kemudian di MCIS Safety Glass (M) Sdn Bhd sebagai Eksekutif Senior dari 1996 sehingga 2008 sebagai ketua bahagian jualan, jawatankuasa pengurusan, panel siasatan dalaman dan auditor ISO/TS 16949:2002.

Sebelum menyertai PKR pada 1999, Aminuddin merupakan anggota UMNO dan pernah menjadi setiausaha UMNO Cawangan Kampung Pachitan (1995-1998) serta Setiausaha Pemuda UMNO DUN Jimah (1997-1998).

Aminuddin ialah penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sikamat sejak 2008. Kemudian, beliau menganggotai Majlis Pimpinan Pusat PKR sejak 2014 dan turut aktif dalam badan bukan kerajaan seperti Persatuan Wadah Pencerdasan Umat (Wadah) dan Angkatan Belia Islam Malaysia.

Berikutan kemenangan Pakatan Harapan di Negeri Sembilan pada Pilihan raya umum Malaysia 2018, beliau telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan pada 12 Mei 2018 di Istana Besar Seri Menanti di Kuala Pilah. wikipedia.


Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Maulana Tersohor Di Dunia