Tip Mengendali Majlis
Mengendali sesuatu majlis bukanlah perkara mudah. Ia perlu ada pengetahuan dan kemahiran untuk menyusun atur dengan lebih berkesan.
Sekiranya mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang dimiliki, ia boleh membantu melancarkan lagi penyusunan sesuatu majlis dengan lebih teratur dan berkesan.
Klik link dibawah dan ikuti kandungan artikal yang bermanfaat:
Justeru itu berikut adalah antara beberapa tip mengendali majlis dengan baik, antaranya;
- Pertama.
Tetapkan jenis majlis yang ingin dilaksanakan, samaada majlis berkenaan bersifat rasmi, santai atau tidak rasmi.
- Kedua.
Persetujui bersama tempat, tarikh dan masa sesuatu majlis yang ingin dilaksanakan bersama setiap ahlijawatankuasa atau petugas-petugas yang terlibat.
- Ketiga.
Tentukan dan selaraskan bersama agenda atau tentatif sepanjang majlis berkenaan. Setiap pengisian majlis perlu bertepatan dengan masa yang ditetapkan.
- Keempat.
Muktamadkan agenda serta pengisian seriap masa secara bersama agar perjalanan majlis dapat diketahui oleh setiap ahlijawatankuasa atau para petugas.
- Kelima.
Tetapkan nama-nama petugas mengikut fungsi, pengalaman atau kemahiran yang mereka miliki.
- Keenam.
Lakukan mesyuarat pemuktamadan secara bersama dan adakan sesi reasel atau raptai sehari sebelum majlis bermula. Ia sangat penting bagi menambah pengetahuan dan daya ingatan semasa kejadian sebenar. Dalam pada itu, ia membantu kepada kelancaran sesuatu majlis dengan lebih berkesan dan berkualiti.
0 Comments