Bacaan Doa Perpindahan Kakitangan Ke Jabatan Baharu.
Dalam versi bacaan rumi dan arab latin.
Mulakan bacaan surah Al-Fatihah.
Bismillahirrohman nirrohim.
Alhamdulillahi rabbil alamin wassalatu wassalamu ala asrofil anbiya-i wal mursalin wa ala alihi washahbihi ajmain.
Allahumma Salli 'Ala Sayyidina Muhammad, Wa 'Ala Aalihi Wasahbihi Wabarik Wasallim.
Allahumma Ya Allah, kami menadah tangan merafa’kan kesyukuran kepadamu diatas segala limpahan nikmat dan rahmat serta diberikan keizinan dihari yang berbahagia ini dapatlah kami berhimpun bersempena dengan Majlis Penyerahan Tugas dan Penghargaan kepada yang akan berpindah dan bertugas di Jabatan Baharu, Pergimu Sangatlah Disanjung dan Jasamu Sangatlah Dikenang..
Ya Allah,
kurniakanlah kepada mereka yang kami raikan ini, kekuatan mental dan fizikal untuk meneruskan kerja mereka dalam suasana yang berbeza ditempat baharu serta dapat menjalankan tugas-tugas mereka dengan jayanya. Berikanlah mereka kesihatan dan kebahagian, keselamatan dan kesejahteraan serta jauhkan mereka dari sifat-sifat yang bongkak dan pemalas. Jadikanlah segala amal bakti yang mereka curahkan dalam perkhidmatan di Jabatan ini sebagai satu ibadat yang mendapat keberkatan dan kerahmatan daripadamu.
Ya Rahman Ya Rahim,
janganlah engkau jadikan perpisahan ini dengan iringan linangan air mata, namun engkau jadikanlah perpisahan ini sebagai satu perpisahan yang diberkati dan dilindungi, kuatkanlah ikatan silaturahim yang baik serta harmoni dikalangan kami.
Ya Munzilal Kitab
Bagi kami yang masih berkhidmat di Jabatan ini, kurniakanlah kami taufiq dan hidayat, kesihatan dan kesejahteraan yang berpanjangan dan eratkan tali persaudaraan kami, kukuhkanlah perpaduan kami, kekalkanlah sifat mahu bekerjasama dan bantu membantu antara kami, peliharalah akhlak kami, halalkan rezeki kami dan terimalah khidmat bakti kami ini sebagai satu ibadat yang mendapat kemajuan dan kejayaan dari masa ke semasa.
Bacaan Doa Perpindahan Kakitangan Ke Jabatan Baharu |
Allahumma innaa nas aluka sallamatan fid diin. Wa ‘aafiyatan fil jasad. Waziyaadatan fil ‘ilmi. Wa barokatan fir rizqi. Wa taubatan qoblal mauti. Wa rohmatan ‘indal maut. Wa maghfirotan ba’ dal maut. Allahumma hawwin ‘alainaa fill sakaratil maut. Wan najaa ta minan naari. Wal ‘afwa ‘indal hisaab. Rabbanaa laa tuzigh quluubana. Ba’da idz hadai tanaa. Wahab lanaa, mil ladun ka rahmah. Innaka antal wahhab.
Rabbana taqabbal minna doaana innaka antas-sami’ul-‘alim, wa tub ‘alaina innaka antat-tawwabur-rahim
Rabbanaa aatinaa fiddun yaa hasanah. Wa fil aakhirati hasanah. Waqinaa ‘adzaa ban naar.
Subhana Rabbika Rabbil Izzati Amma Yasifun, Wa Salamun Alal-Mursalin, Wal Hamdu lillahi Rabbil Alamin.
Amminn ya rabbal alamin..
0 Comments