Beras

Beras

Beras ialah padi dari spesies Oryza sativa atau Oryza glaberrima yang telah diproses dan dibuang kulitnya. Beras akan mengembang apabila dimasak bersama air yang kemudian akan menjadi nasi; sekiranya jumlah air yang digunakan untuk memasak beras melebihi butir-butir beras ini, beras tersebut akan menjadi bubur. Beras yang mengandungi kanji tinggi lebih melekit berbanding beras biasa, beras ini dikenali sebagai "pulut" atau "ketan".

Dalam erti kata lain, beras ialah makanan ruji paling banyak ditanam dan dimakan lebih separuh penduduk manusia seluruh dunia, terutamanya di Asia dan Afrika. Ia komoditi pertanian dengan pengeluaran ketiga tertinggi di dunia selepas tebu dan jagung. wikipedia.




Beras



Jenis-jenis Beras yang terdapat di negara Malaysia, antaranya:
  • Beras putih tempatan
  • Beras perang
  • Beras wangi
  • Beras pulut
  • Beras basmati
  • Beras ponni
  • Beras merah
  • Beras putih import
  • Japonica rice




Beras Basmati

Beras Basmati adalah beras yang panjang dan halus saiznya serta mempunyai aroma yang wangi berasal daripada India dan Pakistan.

Anggaran panjangnya adalah 6.00mm hingga 8.00 mm dengan lebar  berukuran 3.5 mm – 4.5 mm.

Warnanya putih susu dan mempunyai bentuk yang tirus. Apabila dimasak, saiznya akan berganda dan mengeluarkan aroma yang wangi dan tidak melekat antara satu sama lain.

Nasi ini adalah pilihan tepat untuk Biryani, nasi Mandy dan nasi Khabsah serta nasi minyak.





Klik link dibawah dan ikuti kandungan artikal yang bermanfaat:






Cara Masak Beras.

Beras apabila dimasak akan menjadi nasi atau bubur. Memasak beras agar menjadi nasi haruslah sebati airnya. Dalam erti lata lain, pastikan isipadu kandungan beras yang adalah sama dengan isipadu air.

Sebelum memasak beras, bersihkanlah ia terlebih dahulu beberapa kalu, minimum tiga kali agar beras bersih dan bebas kotoran sebelum memasaknya. 

Jika ingin memasak bubur pula, pastikan kandungan isipadu air dua kali ganda kandunganya daripada beras.

Memasak beras dimulakan dengan memanaskan periuk berisi beras mengikut tahap kepanasan yang ditetapkan.


Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Manfaat AI Dalam Pendidikan