Kelebihan Memiliki Ramai Kawan.
Kawan atau rakan adalah insan ketiga atau keempat yang muncul dalam diri selepas keluarga, isteri atau laki.
Memiliki ramai kawan yang baik adalah satu rahmat rezeki daripada Allah swt dan apatalagi jika kawan yang dimiliki itu adalah dari kalangan yang baik-baik sahaja.
Klik link dibawah dan ikuti kandungan artikal yang bermanfaat:
Kelebihan Memiliki Ramai Kawan |
Justeru itu, terdapat banyak kelebihan yang diperolehi apabila memiliki ramai kawan, antaranya;
- Jaringan perniagaan.
Memiliki ramai kawan boleh membantu kepada keluasan jaringan perniagaan. Rakan-rakan yang dikenali amatlah mudah untuk berbincang bagi melebarkan operasi perniagaan dengan menjana keuntungan yang lumayan.
- Ilmu pengetahuan semakin meluas.
Ilmu pengetahuan dapat ditingkatkan jika memiliki ramai kenalan atau kawan. Setiap maklumat semasa mudah dan cepat diketahui melalui rakan-rakan yang lain.
- Bantuan dapat diperolehi dengan mudah dan cepat.
Kelebihan memiliki kawan yang ramai amat mudah mendapatkan bantuan jika dilanda sebarang masalah atau musibah yang tidak dijangka. Oleh itu, dengan adanya kawan, secara langsung bebanan dapat di ringankan dengan lebih mudah.
Dapat manyahut seruan Ilahi iaitu jagalah hubungan yang baik sesama insan
0 Comments