Peraturan Bermain Catur
Catur adalah salah satu permainan atau sukan yang dimainkan di atas papan. Ia perlu digerakkan menggunakan tangga bagi menghapuskan pihak lawan.
Permainan ini dimainkan oleh dua orang dan memerlukan daya pemikiran yang tajam untuk mengenalpasti serta mematikan pihak lawan.
Lazimnya, kesilapan langkah yang dilakukan pasti memberikan kesan yang punah atau kecundang di awal permainan.
Oleh yang demikian, langkah demi langkah perlu di susun atur dengan lebih mantap agar pihak lawan dapat di hapuskan dengan mudah.
Cara penyusunan buah catur seperti kaedah berikut:
- Baris kedua diisi 8 Pawn sahaja.
- Kedua Rook diletakkan di sudut kanan dan kiri pada baris pertama.
- Knight mestilah berada di sebelah Rook.
- Bishop berada di sebelah Knight.
- Queen berada di sebelah King.
Peraturan Bermain Catur |
Peraturan Bermain Catur.
Terdapat beberapa peraturan permainan ini yang perlu diambil perhatian pemain:
Dalam permainan catur, terdapat dua orang pemain sahaja.
Semasa bermain permainan, pemain mesti berganti-ganti langkah, iaitu pemain dengan buah catur putih mestilah memulakan langkah dahulu.
Pawn tidak boleh melalui kotak yang telah diisi dengan buah catur lain kecuali Knight kerana buah catur ini mempunyai langkah yang berbeza dan boleh melompat ke atas kepingan lain.
Jika buah catur telah dipegang, ianya mestilah diletakkan di dalam kotak seterusnya melainkan jika ianya tidak boleh dilakukan seperti dihalang oleh buah catur lain.
Check adalah istilah atau tanda apabila buah catur lawan berada dalam kedudukan yang boleh menyerang King. Dalam permainan, anda mesti menggerakkan King keluar dari kotak, menyekat dengan buah catur lain lain, atau menyerang balas buah catur yang menyerang King tersebut.
Checkmate adalah istilah untuk memberi petanda King tidak dapat dilindungi lagi. Ini bermakna kedudukan King telah disekat dan telah terperangkap walupun King tersebut bergerak daripada kotaknya.
Meletakkan King lawan anda dalam “Checkmate” adalah satu-satunya cara untuk memenangi permainan. studentportal.
0 Comments