Biodata Aishah, Artis

Biodata Aishah, Artis

Biodata Aishah, Artis


Sepintas lalu.

Aishah merupakan salah seorang artis tanah air yang memiliki suara lunak dan disukai ramai.

Zaman kegemilangan, beliau sering tampil di kaca televisyen dengan mendendangkan lagu-lagu berkonsepkan balada.

Dalam pada itu, Aishah memiliki sifat-sifat yang harmoni dan senang didampingi oleh masyarakat, apatalagi para peminatnya.




Biodata Aishah, Artis



Berdasarkan pada sumber wikipedia, nama penuh dengan gelaran iaitu Yang Berbahagia Dato' Wan Aishah binti Wan Ariffin. Beliau dilahirkan pada tarikh 03 Januari 1965 merupakan seorang penyanyi, penulis lagu, pelakon dan ahli politik Malaysia. 

Beliau memulakan kerjaya awalnya dalam bidang muzik bersama kumpulan Fan Club dari New Zealand sehingga dikenali seluruh dunia sebelum meneruskan kerjaya solo di tanahairnya. Album nyanyian Aishah bersama Fan Club iaitu Sensation telah menaikkan namanya sebagai penyanyi wanita pertama Malaysia yang berjaya ke peringkat antarabangsa malahan pernah menduduki carta Billboard Hot 100 menerusi lagu "Don't Make Me Fall Alone" pada tahun 1990.

Setelah beliau tidak lagi bersama Fan Club, Aishah pulang ke Malaysia dan meneruskan kerjaya muzik solo sekaligus dikenali sebagai salah seorang lagenda pop negara dengan deretan lagu-lagu hits dan album terlaris. Pada tahun 2011, beliau terjun ke dunia politik bersama parti pilihannya, PAS dan bertanding untuk kerusi Parlimen di Jempol pada Pilihan raya umum Malaysia 2013. 

Sumber: Wikipedia.

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Maulana Tersohor Di Dunia