Keburukan Memiliki Hati Yang Busuk

Keburukan Memiliki Hati Yang Busuk

Keburukan Memiliki Hati Yang Busuk.


Hati manusia yang diciptakan adalah sama sahaja baik lelaki mahupun perempuan yang hidup dimuka bumi ini.

Ciptaan Ilahi ini tidak ada tolok bandingnya dan sangat luar biasa. Namun demikian, perasaan setiap manusia adalah berbeza, adakah semulajadi positif dan berubah kepada negatif apabila lemah dengan pengaruh persekitaran dan ada juga yang semulajadinya negatif.



Keburukan Memiliki Hati Yang
Busuk





Oleh yang demikian, terdapat keburukan memiliki hati yang busuk, antaranya:

  • Pertama.
Dipulaukan dan tidak disenangi oleh masyarakat sekeling yang lebih suka kepada gaya hidup harmoni dan bermasyarakat.


  • Kedua.
Mudah mendapat penyakit diluar jangkaan, seperti tekanan, kemurungan dan lain-lain lagi.


  • Ketiga.
Sering mudah marah secara melulu tanpa kawalan yang baik. Perasaan tidak dapat dikawal dengan sempurna kerana perasaan yang menyelubungi jiwa.
 

  • Keempat.
Keburukan memiliki hati yang busuk membuatkan diri sentiasa merasa gelisa, tercabar dalam apa juga perkara kehidupan. Rasa tidak puas hati dengan orang lain membuatkan tindakan dilakukan secara melulu di luar jangkaan.


  • Kelima.
Prestasi kerja yang merosot dan adakalanya tidak berminat kepada kerja-kerja yang dilakukan dan mudah merasa tersinggung walaupun hanya sekadar gurauan. Perihal berkenaan boleh membawa kepada permusuhan dan pergaduhan.


  • Keenam.
Suka bertindak secara melulu demi kepuasan diri, tanpa usul periksa dengan lebih mendalam.


Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Manfaat AI Dalam Pendidikan