Porohon Garden & Lodge merupakan salah satu pusat pelancongan yang berkonsepkan santai dan persekitaranya sangat menarik.
Taman ini terletak di Kampung Sayap, Daerah Kota Belud. Jauhnya lebih kurang 120 kilometer dari bandaraya Kota Kinabalu dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda. Sepanjang perjalanan menuju taman ini, pelbagai tumbuh-tumbuhan dan sayur-sayuran kelihatan yang ditanam dan diusahakan penduduk sekitar dengan lebih tersusun dan bersih.
Kawasan Porohon Garden & Lodge dikelilingi oleh tumbuh-tumbuhan seperti bunga, buah-buahan dan pokok-pokok renek.
Selain daripada itu, kawasanya mempunyai tempat untuk menginap yang boleh memuatkan lebih 20 orang pada satu-satu masa. Pelbagai aktiviti boleh dilakukan di perkarangan Propohon garden antaranya berkaraoke, bbq ayam atau daging dan melakukan aktiviti permainan yang boleh mengeratkan ikatan silaturrahim antara satu sama lain.
Masyarakat yang menghuni sekitar Prohon Garden atau lebih dikenali sebagai Kampung Sayap sangat mesra dan peramah serta mudah disantuni dengan baik. Mereka juga menyediakan pelbagai juadah dan akan mengadakan persembahan tarian bagi mengalu-alukan kedatangan para tetamu yang datang.
0 Comments