Punca-Punca Perbalahan Berlaku

Punca-Punca Perbalahan Berlaku

Punca-Punca Perbalahan Berlaku.


Perbalahan adalah satu perbuatan negatif yang berlaku antara satu pihak dengan pihak lain. Ia bukan sahaja melalui pertelingkahan lidah, malahan juga kepada perbuatan secara fizikal.

Perkara ini boleh menimbulkan kesan yang tidak baik, bukan sahaja kepada individu, akan tetapi kepada masyarakat sekelilingnya.



Punca-Punca Perbalahan
Berlaku





Justeru itu, terdapat punca-punca perbalahan berlaku, antaranya:


  • Pertama.
Perebutan kuasa untuk menjawat atau memyandang jawatan yang diinginkan. Perbalahan boleh berlaku secara terangan atau tidak. Kuasa diperlukan untuk kepentingan, agar mudah menakluki kawasan yang diingini.


  • Kedua.
Sifat dengki dalam diri yang membawa kepada ketidak puas hati akan kelebihan yang dimiliki dan dinikmati pihak lawan. Hal ini, boleh terjadi apabila sesuatu perkara tidak dapat dicapai dengan cara yang betul, maka dengan itu melalui pergaduhan atau pertelingkahan akan dilakukan agar perkara berkenaan memjadi hak milik.


  • Ketiga.
Rasa ingin di sanjung dan dikagumi oleh pihak lain di atas kemegahan dan kekuatan yang ada. Kekuatan berkenaan tidak dapat ditandingi oleh pihak lain walau dengan cara apa sekali pun. Situasi ini mampu mengundang kepada perbalahan dan pergaduhan akibat sifat dan tabiat keangkuhan.


Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Maulana Tersohor Di Dunia