Cara Mohon Dan Tebus eMadani
Pengenalan eMadani
Program eMADANI merupakan salah satu inisiatif Kerajaan yang telah diumumkan dan diluluskan di bawah kerangka ‘Ekonomi MADANI bagi Memperkasa Rakyat’.
Program ini bertujuan untuk meningkatkan penggunaan transaksi tanpa tunai dikalangan masyarakat serta meringankan beban kewangan rakyat.
Pendaftaran dan tuntutan kredit e-Wallet RM100 eMADANI akan dibuka mulai hari Isnin bersamaan dengan tarikh 4 Disember 2023 sehingga 20 Februari 2024.
Tawaran e-kredit itu boleh ditebus oleh rakyat menerusi empat aplikasi penyedia perkhidmatan e-dompet pilihan pengguna antaranya:
1. MAE
2. ShopeePay
3. Setel
4. Touch n Go
Penggunaan kredit eMadani Hanya Boleh Dibelanjakan Secara Fizikal Sahaja sehingga 29 Februari 2024.
Pengguna yang memiliki kelayakan, perlu memenuhi langkah verifikasi identiti secara elektronik ‘Know-Your- Customer’ (eKYC) dengan penyedia perkhidmatan e-dompet pilihan anda sebelum permohonan kredit eMADANI boleh dibuat.
Cara Mohon Dan Tebus eMadani |
Cara Verifikasi eMadani
Proses verifikasi bagi pengguna baharu dan sedia ada boleh dilakukan melalui penyedia perkhidmatan e-dompet yang terlibat.
• Langkah 1: Muat turun aplikasi e-dompet terlibat di Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery.
• Langkah 2: Bagi pengguna baharu atau sedia ada, ikuti arahan yang disediakan dalam aplikasi e-dompet tersebut.
• Langkah 3: Penyedia perkhidmatan e-dompet akan membuat verifikasi identiti anda secara elektronik ‘Know–Your–Customer’ (eKYC).
• Langkah 4: Pada aplikasi e-dompet pilihan anda, sila masukkan maklumat yang diperlukan di halaman tuntutan eMADANI dan tekan “Hantar”.
• Langkah 5: Anda akan dimaklumkan sekiranya tuntutan berjaya.
Penerima yang layak hanya boleh menuntut kredit eMADANI daripada satu (1) penyedia perkhidmatan e-dompet sahaja. Sila rujuk aplikasi e-dompet masing-masing untuk maklumat lanjut mengenai penebusan kredit eMADANI. Sumber: eCentral
Manfaat eMadani Kepada Rakyat.
Membantu meringankan kos sara hidup dengan lebih baik
Mengelakkan keciciran kerana wang disalurkan dalam bentuk edompet
Teransaksi sistem yang sedia ada mudah digunakan dan difahami
Mampu mengurangkan risiko agihan perbezaan rakyat antara satu sama lain
0 Comments