Sahabat sejati adalah rakan yang rapat dan sering menjadi rujukan dalam perkara-perkara yang baik dan membina.
Gurau senda dan tawa adalah asam garam dan lumrah dalam persahabatan demi ikatan silaturrahim yang lebih harmoni.
Dalam persahabatan yang baik perlu ada sifat-sifat harmoni dan penuh kepercayaan dalam apa juga perkara antara satu sata lain agar keutuhan persahabatan sentiasa positif.
Dalam pada itu, sifat dan tabiat yang negatif haruslah di ketepikan agar hati dan perasaan tidak mudah goyah dan tersentuh.
Persahabatan yang baik haruslah diterapkan dengan nilai-nilai positif dan penuh keriangan, apa saja gurau senda yang dituturkan antara satu sama lain adalah satu kenangan atau memori terindah. Elakkan mudah tersinggung atau bertindak positif yang tidak membawa sebarang kebaikan.
Sahabat sejati yang baik pasti akan kekal abadi dengan pelbagai memori terindah.
0 Comments