Sebab Utama Bumi Palestin Perlu Dipertahankan Oleh Umat Islam.
Sejarah Awal Negara Palestin.
Palestin secara rasminya Negara Palestin ialah salah sebuah negeri yang terletak di rantau Levant Selatan di Asia Barat. Negara ini, ditadbir secara rasmi oleh Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), ia mendakwa Tebing Barat (termasuk Baitulmaqdis Timur) dan Semenanjung Gaza sebagai wilayahnya, walaupun keseluruhan wilayah itu berada di bawah pendudukan Israel sejak Perang Enam Hari 1967. Tebing Barat kini dibahagikan kepada 165 enklaf Palestin yang berada di bawah pemerintahan separa Palestin, tetapi selebihnya, termasuk 200 penempatan Israel, berada di bawah kawalan penuh Israel. Semenanjung Gaza diperintah oleh kumpulan militan Hamas dan telah disekat oleh Israel dan Mesir sejak 2007.
Selepas Perang Dunia II, pada tahun 1947, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menerima pakai Pelan Pembahagian untuk Palestin Mandatori, yang mengesyorkan penciptaan negara Arab dan Yahudi yang merdeka dan Baitulmuqaddis yang diantarabangsakan. Pelan Pembahagian ini diterima oleh orang Yahudi tetapi ditolak oleh orang Arab. Sejurus selepas Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menerima pakai rancangan itu sebagai Resolusi 181, perang saudara tercetus di Palestin dan rancangan itu tidak dilaksanakan. Sehari selepas penubuhan Negara Israel pada 14 Mei 1948, negara jiran Arab menyerang bekas Mandat British dan melibatkan tentera Israel dalam Perang Arab-Israel 1948. Kemudian, Kerajaan Seluruh Palestin telah ditubuhkan oleh Liga Arab pada 22 September 1948 untuk mentadbir Protektorat Seluruh-Palestin di Semenanjung Gaza yang diduduki Mesir. Ia tidak lama kemudian diiktiraf oleh semua ahli Liga Arab kecuali Transjordan yang telah menduduki dan kemudiannya menjajah Tebing Barat, termasuk Baitulmaqdis Timur. Palestin kini diiktiraf oleh 138 daripada 193 negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Walaupun bidang kuasa Kerajaan Seluruh Palestin diisytiharkan meliputi seluruh bekas Palestin Mandatori, bidang kuasa berkesannya terhad kepada Semenanjung Gaza. Semasa Perang Enam Hari pada Jun 1967, Israel menawan Semenanjung Gaza dan Semenanjung Sinai dari Mesir, Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur dari Jordan, dan Bukit Golan dari Syria. Sumber: wikipedia.
Sebab Utama Bumi Palestin Perlu Dipertahankan Oleh Umat Islam |
Sudah tentu perkara ini telah menaikkan marah bukan saja umat Islam di Palestin, tetapi umat Islam di seluruh dunia. Jadi, kita sebagai umat Islam sebenarnya bukan saja perlu mempertahankan tempat suci tersebut tetapi juga bumi Palestin. Mengapa?
Sebab Utama Bumi Palestin Perlu Dipertahankan Oleh Umat Islam.
- Pertama.
Masjid pertama sebagai kiblat umat Islam
Tahukah anda Masjid Al-Aqsa merupakan masjid yang menjadi kiblat utama bagi umat Islam untuk melaksanakan solat.
Sabda Rasululllah SAW:
"Masjid apakah yang pertama dibangunkan di atas muka bumi ini?" Baginda menjawab "Masjid al-Haram". Selepas itu masjid apa pula? Baginda menjawab "Masjid Al-Aqsa". [HR Bukhari dan Muslim].
- Kedua.
Tanah para Anbia
Antara para Anbia yang pernah dilahirkan, dibesarkan dan disemadikan di bumi Palestin ialah Nabi Ibrahim, Nabi Ismail, Nabi Ishak, Nabi Yaakub, Nabi Syuib, Nabi Musa, Nabi Zakaria, Nabi Yahya, Nabi Isa dan lain-lain lagi.
- Ketiga.
Pusat keamanan sejagat
Difahamkan, ia merupakan padang Mahsyar selepas kiamat dan merupakan pusat keamanan sejagat.
Sabda Rasulullah SAW:
"Ia adalah bumi Mahsyar dan kebangkitan." [HR Imam Ahmad dan Ibn Majah].
- Keempat.
Orang yang tinggal di sana dikira sebagai orang yang berjihad. Sesiapa yang tinggal di sana, Allah ibaratkan mereka sedang berjihad. Selain itu, tempat tersebut juga dikenali sebagai bumi pertahanan jihad.
Rasulullah SAW bersabda:
"Ahli Syam akan berterusan dalam jihad dan ribath di jalan Allah." [HR at-Tabrani dan Al-Haitami].
- Kelima.
Hak orang Islam sehingga hari kiamat
Bumi Palestin merupakan pusat untuk kumpulan orang yang sentiasa teguh menegakkan kebenaran dan hak orang Islam sehingga hari kiamat.
Sabda Rasulullah SAW:
“Sekelompok dari umatku akan tetap berada dalam kebenaran yang nyata dan akan mengalahkan musuh-musuh mereka dan mereka tidak akan disakiti oleh musuh-musuh mereka kecuali apabila ditimpa kesusahan dan sehingga datang pertolongan dari Allah dan keadaan mereka akan kembali seperti sedia kala.” Para sahabat bertanya, “Di manakah tempat mereka itu ya Rasulullah?” Baginda menjawab “Di Baitul Maqdis dan di aknaf (bawah lindungan) Baitul Maqdis.” [HR At Tabrani].
- Keenam.
Tanah yang diberkati Allah
Bumi Palestin ternyata adalah tanah yang diberkati dan menjadi saksi terhadap usaha Nabi dan Rasul utusan Allah menyampaikan akidah tauhid kepada manusia sejak zaman berzaman.
Firman Allah SWT:
“Maha suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui. [Al-Israk: 1].
- Ketujuh.
Ibu negara umat Islam pada akhir zaman
Palestin ialah bumi yang akan didirikan sebagai ibu negara umat Islam pada akhir zaman dan kemajuannya akan membawa kepada tanda-tanda akhir zaman.
Rasulullah SAW bersabda:
“Pembangunan Baitul Maqdis membawa kepada kehancuran Madinah (kerana diserang wabak).
Semoga urusan kita mempertahan bumi suci ini dipermudahkan oleh Allah SWT.
Sumber: upm.edu.my
Tindakan-tindakan yang boleh dilakukan bagi membantu rakyat di negara Palestin, antaranya:
- Sentiasa mendoakan mereka dalam solat setiap ketika dan masa.
- Menghulurkan bantuan seperti harta benda, keperluan asas, wang ringgit dan sebagainya mengikut keupayaan dan kemampuan.
- Memboikot produk-produk keluaran negara yang menganiaya negara Palestin.
- Sentiasa bersikap positif dan bijaksana dalam menyokong solidariti ke atas negara Palestin.
- Tidak mudah terpedaya dengan anasir hasutan lain yang boleh memporak perandakan sesama ummat.
Lantaran daripada itu, negara Palestin yang kini sedang bergolak. Ramai rakyatnya baik wanita, lelaki, kanak-kanak, warga tua terkorban dalam konfik yang berlaku. Pilu dan sedih dirasai walaupun jauh. Oleh itu, marilah kita yang jauh ini bersama-sama mendoakan sahabat-sahabat saudara kita di sana agar mereka diberikan perlindungan daripada Allah swt. dan bebas dari segala kekacauan dan peperangan.
Semoga mereka yang telah terkorban agan ditempatkan di kalangan orang-orang yang baik dan beriman.
0 Comments