Senarai Shopping Mall Di Kota Kinabalu

Senarai Shopping Mall Di Kota Kinabalu

Senarai Shopping Mall Di Kota Kinabalu


  • Centre Point Shopping Mall
Centre Point merupakan salah satu shopping Mall yang terkenal di Bandaraya Kota Kinabalu. Mall ini terletak di temgah-tengah bandar dan sering menjadi tumpuan orang ramai. Dalam erti kata lain, setiap pengunjung yang berkunjungbke Bandaraya Kota Kinabalu tidak sah jika tidak bersiar-siar atau berjalan-jalan ke Centre Point Shoping Mall. 

Di dalam Mall ini terdapat beraneka jualan yang di dagangkan oleh para peniaga, selain gedung-gedung besar seperti Servey, Mr.Diy, Bataras terdapat juga gerai-gerai lecil atau kiosk yang menjual beraneka jualan. Dalam pada itu di Centre Point juga terdapat gerai makan yang menghidangkan juadah sangat menyelerakan. Mall ini beroperasi dari jam 10.00 pagi hinggalah 10.00 malam.

Di Centre Point Shopping Mall terdapat tempat hiburan seperti pawagam, bowling dan permainan games kanak-kanak. Ianya sangat menyeronokkan dan menghiburkan. Kawasanya yang selamat iaitu dikawal oleh pengawal keselematan bangunan sangat sesuai untuk dikunjungi bersama sanak keluarga atau rakan taulan.





Senarai Shopping Mall Di
Kota Kinabalu




  • Kk Plaza Shopping Mall
Kota Kinabalu Plaza Shopping Mall atau lebih dikenali sebagai Kk Plaza adalah salah satu Mall yang juga tetletak di tengah-tengah Bandaraya Kota Kinabalu. Mall ini sering dikunjungi ramai kerana produk-produk jualan yang diusahakan peniaga dijual pada harga mampu milik. Terdapat banyak barang-barang seperti pakaian, barang-barang rumah dan juga cendera kenangan.

Kedudukan Kk Plaza tidak jauh dari Centre Point Shoping Mall ia boleh di datangan dengan menggunakan kenderaan atau berjalan kaki. Kk Plaza beroperasi dari jam 10.00 pagi hingga jam 8.00 malam. Lazimnya Mall ini dikelilingi oleh gerai2 jualan apabila menjelang waktu petang hingga ke malam.


  • Wawasan Plaza Shopping Mall
Wawasan Plaza Shopping Mall juga adalah satu Mall yang tidak asing lagi di Bandaraya Kota Kinabalu, Mall ini mempunyai hotel iaitu Tang Dynasty Hotel. Pengunjung yang menginap di hotel berkenaan boleh langsung berjalan-jalan di Wawasan Shoping Mall.

Mall ini mempunyai supermarket antaranya Bataras, Mr.Diy dan lain-lain lagi gerai serta kiosk. Pelbagai jualan seperti pakaian, barang-barang rumah serta keperluan asas harian yang boleh diperolehi di mall ini. Mall ini beroperasi dalam jam 10.00 pagi hinggalah ke jam 8.00 malam. Kawasanya yang luas serta menyediakan kemudahan paking yang banyak.


  • Imago Shopping Mall
Imago Shopping Mall sadalah salah satu Mall paling besar dan menjadi tumpuan masyarakat ramai. Shopping Mall ini menjual produk-produk yang bernilai tinggi. Ramai masyarakat di negeri ini gemar mengunjungi Mall berkenaan kerana memberi kepuasan yang baik.

Bangunanya yang baharu dan sangat selesa membuat orang ramai gemar mengunjuinya. Selain itu kawasan yang luas serta kemudahan tapak kenderaan yang banyak membuatkan orang ramai tidak jemu untuk berkali-kali datang.

Selain daripada itu, Imago Shoping Mall sering mengadakan pesta di ruang legar bangunan bagi menarik ramai pengunjung, dalam masa sama ia juga memeriahkan suasana Mall.

Produk yang didagangkan oleh pengusaha-pemgusaha di Mall berkenaan terdiri daripada gedung besar seperti Parkson, Padini, Brand Outlet dan banyak lagi, selain pakaian terdapat juga juadah menarik dan menyelerakan. 

Imago Mall juga menyediakan pusat hiburan permainan untuk dewasa dan kanak-kanak. Selain itu pawagam serta karaoke juga sangat selesa untuk bersantai bersama sanak keluara dan rakan-rakan.

Mall ini beroperasi dari jam 10.00 pagi hinggalah jam 10.00 malam. Kedudukanya yang sangat strategik tepi laut boleh dikunjungi menggunakan kenderaan awam serta persendirian.


  • Wisma Merdeka Shopping Mall
Wisma Merdeka Shopping Mall terletak bersebelahan KK Plaza Mall dan sering dikunjungi oleh masyarakat ramai. Mall ini mempunyai satu gedung beli belah iaitu Tongs yang mana menjual pelbagai jenis pakaian lelaki, wanita dan kanak-kanak.

Selain itu, terdapat juga kedai-kedai kecil lain yang turut menjual pelbagai aneka barangan dan juga makanan minuman. Mall ini juga menyediakan kemudahan tapak kenderaan yang terletak di tingkat atas. Kadar parking juga berpatutan. 

Dalam masa sama, terdapat juga kedai makan dan minuman yang menyelerakan untuk santapan pagi dan tengahari. Mall ini beroperasi dari jam 10.00 pagi hingga 8.00 malam.


  • Suria Sabah Shopping Mall
Suria Sabah Shoping Mall adalah salah satu mall yang ketiga terbesar di Sabah. Mall ini menyediakan pelbagai gedua supermarket yang menjual pakaian, barangan dapur, cenderamata, peralatan sukan dan makanan minuman.

Mall ini juga terletak di tengah-tengah Bandaraya Kota Kinabalu dan boleh dikunjungi setiap hari dari jam 10.00 pagi hinggalah 10.00 malam. Terdapat banyak kemudahan asas disediakan antaranya tapak kenderaan, tandas awam, surau dan pengawal keselamatan serta cctv.

Selain daripada itu, Suria Sabah Shopping Mall sering menganjurkan pelbagai program bagi menarik lebih ramai pengunjung. Pintu gerbang bangunanya sering di hiasi dengan pelbagai aneka bentuk bagi memperlihatkan kemegahan Mall berkenaan.


  • Karamunsing Shopping Mall
Karamunsing Shopping Mall memang tidak asing lagi kepada peminat barang-barang komputer. Mall ini memang cukup terkenal dan menjadi tumpuan ramai khususnya para pelajar untuk mendapatkan kemudahan komputer.

Mall ini juga terletak di perkarangan lokasi Bandaraya Kota Kinabalu dan boleh dikunjungi menggunakan kenderaan pacuan empat roda.

Selain itu, mall ini juga menyediakan jualan pakaian melayu khususnya dan terdapat juga pelbagai sajian makanan serta minuman.


  • One Borneo Shopping Mall
One Borneo Shopping Mall merupakan salah satu mall kedua terbesar selepas Imago Mall. Kedudukan mall ini terletak di kawasan Likas lebih kurang 30Km jaraknya dari pintu gerbang udara Bandaraya Kota Kinabalu.

Mall ini juga menyediakan kemudahan prasarana yang selesa iaitu tempat letak kenderaan, tandas awam, pengawal keselamatan dan lain-lain lagi. One Borneo Shopping Mall menyediakan pelbagai gedung jualan antaranya Pakson, Damaio, Padini dan lain-lain lagi. 

Selain daripada itu, One Borneo Mall dikelilingi oleh hotel-hotel, apartment dan kolej serta universiti. Mall ini sering dikunjungi oleh pelajar-pelajar semasa hujung mingggu.



  • ITCC Shopping Mall
ITCC Shopping Mall adalah salah satu mall yang juga terkenal di negeri Sabah. Mall ini terletak di Daerah Penampang dan sering dikunjungi ramai untuk membeli belah. 

Terdapat banyak barang-barang yang boleh diperolehi di ITCC Mall antaranya barangan keperluan asas, pakaian dan cenderahati kenangan. Di Mall ini juga terdapat satu pusat borong bundle iaitu Bundle Manis yang terbesar dan sering di serbu oleh orang ramai khususnya kepada peminat barang-barang terpakai dan berjenama.

Terdapat kemudahan asas yang baik disediakan seperti tandas awam, tempat letak kenderaan yang banyak dan luas serta surau dan lain-lain lagi. Mall ini beroperasi dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam dan boleh dikunjungi menggunakan kenderaan sendiri dan kenderaan e-hiling.



  • Mega Long Shopping Mall
Mega Long Shopping Mall adalah salah satu Mall terpanjang dan terletak di Daerah Penampang. Mall ini dibangunkan di tengah-tengah Daerah Penampang.

Mall ini sering dikunjungi oleh masyarakat sekitarnya kerana terdapat banyak gedung-gedung yang menjual pakaian dan keperluan asas.

Dalam pada itu, pembangunan mall ini secara langsungnya meringankan kos ekonomi masyarakat di daerah berkenaan untuk tidak berkunjung ke mall yang terletak di Bandaraya Kota Kinabalu.

Mall ini beroperasi dari jam 10.00 pagi hinggalah 10.00 malam dan boleh dikunjungi menggunakan kenderaan persendirian atau kenderaan awam.



  • Grand Merdeka Shopping Mall
Grand Merdeka Shopping Mall adalah salah satu mall yang terletak di kawasan Bandar Sierra Kota Kinabalu iaitu 40km jauhnya dari pintu gerbang Lapangan Terbang Kota Kinabalu Sabah.

Mall ini adalah baharu dibina dan terdapat banyak gedung-gedung menjual pakaian dan makanan. Selain itu, terdapat juga barangan perabot dan barang-barang runah yang boleh dimiliki pada harga yang berpatutan.

Mall ini beroperasi dari jam 10.00 pagi sehingga jam 10.00 malam dan boleh di kunjungi oleh orang ramai memggunakan kenderaan persendirian atau kenderaan awam.



  • City Shopping Mall
City Shopping Mall juga tidak asing lagi dan terletak di kawasan Lido Kota Kinabalu. Mall ini jaraknya 20km dari pintu gerbang lapangan terbang Kota Kinabalu.

Terdapag banyak gedung dan kedai-kedai yang menjual barang-barang keperluan asas, pakaian lelaki dan perempuan, barang-barang cenderahati dan lain-lain lagi.

City Mall adalah mall yang juga menjadi tumpuan ramai dan sering mempromosi produknya pada harga yang berpatutan. Mall ini beroperasi dari jam 10.00 pagi sehingga jam 10.00 malam.



  • One Place Shopping Mall
One Place Shopping Mall adalah mall yang terletak di daerah Putatan dan 15km jaraknya dari pintu lapangan terbang Kota Kinabalu.

Mall ini menyediakan kedai-kedai yang banyak menjual pakaian mulim dan muslima. Harga yang berpatutan dan mampu dimiliki oleh segenap lapisan masyarakat. Operasi mall ini bermula jadi jam 10.00 pagi hingga jam 8.00 malam dan boleh dikunjungi menggunakan kenderaan persendirian dan kenderaan awam.



Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Manfaat AI Dalam Pendidikan