Hari Krismas ialah perayaan terbesar untuk penganut agama Kristian. Perayaan ini disambut setiap tanggal 25 Disember setiap tahun bagi memperingati kelahiran Yesus dari Nazareth, pengasas ajaran Kristian.
Menurut Kitab Bible Perjanjian Baru, Yesus dilahirkan oleh Maria di Yerusalem. Penganut Kristian mempercayai bahawa kelahiran Yesus ini menepati ramalan-ramalan agama Yahudi mengenai kedatangan seorang penyelamat (Messiah) dari susur galur Raja David, yang kedatangannya adalah untuk menebus manusia dari dosa-dosa dilakukan Adam yakni "dosa asal" (original sin). sumber: wikipedia.
Hari Krismas |
Oleh itu, Crīstesmæsse dapat difahami sebagai Christ's Mass iaitu sambutan kelahiran Jesus Christ, walaupun terdapat beberapa perbezaan pandangan tentang tarikh kelahiran Jesus Christ. Sambutan ini ditonjolkan dengan menzahirkan kegembiraan dan majlis keraian bagi kelahiran Jesus bagi menggantikan tradisi Roman Saturnalia dan perayaan-perayaan pagan yang lain sebelumnya. Sambutan ini mula berubah bentuk di England pada abad ke-19 melalui kemasukan budaya German (pokok Krismas) oleh Prince Consort dan pengaruh Charles Dickens menerusi novella beliau yang terkenal, A Christmas Carol.[6] Lihat juga kupasan yang lebih terperinci dalam Religious Celebration: An Encyclopedia Of Holidays, Festivals, Solemn Observances, And Spiritual Commemorations, 1/211. sumber: muftiwp.
Lazimnya, penganut agama yang meraikan perayaan hari krismas akan membuat persiapan awal khususnya makanan dan minuman, pakaian baharu, menghiasi rumah dan lain-lain lagi agar suasana perayaan dapat di sambut dengan penuh keriangan.
0 Comments