Keburukan Penyondol
Penyondol merujuk pada salah seorang yang melakukan perbuatan memikat seseorang lelaki yang telah berumah tangga. Dalam erti kata lain penyondol ini banyak berlaku kepada kaum wanita. Perbuatan ini dilakukan secara lisan atau fizikal sehingga boleh membawa kepada pergaduhan, keretakan dan perceraian sesebuah rumah tangga.
Lazimnya, memang semua wanita yang telah mendirikan rumah tangga atau masjid tidak mahu adanya kehadiran seorang penyondol yang menganggu gugat kebahagian mahligai rumah tangga mereka.
Menurut sumber aliph.my. Penyondol yang sebenar menurut syarak adalah perempuan yang mengorat suami orang, kemudian menyuruh lelaki itu meninggalkan isteri dan anak-anaknya. Kemudian menghasut untuk tidak menunaikan tanggungjawab terhadap anak-anaknya. Perbuatan tersebut yang haram di sisi agama Islam.
Hari ini, terdapat banyak keburukan yang kelihatan apabila menjadi seorang penyondol atau menyondol, antaranya:
- Mendapat pelbagai cemukan
Pelbagai cemuhan akan diterima daripada masyarakat sekeliling dan juga warga maya di pelbagai media sosial. Cemuhan yang dikemukakan adalah lebih banyak negatif berbanding positif.
- Gangguan kesihatan
Gangguan kesihatan seperti tekanan mental dan perasaan akan dihadapi apabila telah di cop sebagai penyondol atau menyondol. Pelbagai tomahan yang diterima melalui percakapan dan tulisan boleh membawa kepada gangguan emosi yang berterusan
- Perosak kepada kebahagiaan anak-anak
Perbuatan penyondol juga memberi kesan buruk kepada anak-anak yang terpaksa menerima hakikat sedemikian. Kebahagian anak-anak akan terganggu disebabkan tidak mendapat kasih sayang daripada ibu bapa tercinta.
- Kebahagian rumah tangga sesebuah keluarga berkecai
Penyondol yang hadir dalam sesebuah keluarga boleh menyebabkan kemusnahan rumahtangga yang telah sekian lama dibina. Isteri dan anak-anak adakalanya hilang pedoman dan mendapat serangan masalah kesihatan.
Keburukan Penyondol |
Walaupun begitu, haruslah dingat dan diktahui bahawa agama melarang keras kepada ummatnya untuk bersekedudukan dengan bukan mahram, maka dengan itu dianjurkan untuk berkahwin menurut ajaran Islam. Dalam pada itu, poligami juga adalah jalan yang terbaik agar kes sumbang mahram tidak berlaku. Soal jodoh telah tertulis dan ditetapkan oleh Allah swt.
Kita haruslah bersyukur dan tahu bahawa salah satunya iaitu soal jodoh telah ditetapkan oleh Allah swt. Oleh itu, mungkin jodoh si dia adalah dengan suami kita, dan mungkin juga jodoh suami kita itu adalah sekejap dipinjamkan kepada kita kerana jodohnya yang kekal itu belum tiba dan telah tiba. Selain itu, mungkin juga suami kita itu adalah jodoh bersama rakan kita. Oleh itu haruslah kita tingkatkan keikhlasan dan rezekinya, agar kita tidak terhimpun dalam kalangan orang-orang yang rugi
Dikongsika juga satu pendapat yang dipetik daripada sumber aliph.my berkenaan isu penyondol, seperti berikut;
Jika bernikah seorang lagi tidak haram. Maka tidak haram juga perbuatan berkenal-kenalan dengan suami orang. Begitu juga tindakan seorang wanita yang single yang berminat dengan suami orang atau mahu berkahwin dengan suami orang.
Apabila ia tidak haram. Kenapa ia perlu diberi konotasi negatif? Anas RA menceritakan bahawa seorang wanita telah berkata kepada Nabi SAW,
“Adakah kau mahukan aku menjadi isterimu?”
Yang lebih menarik, anak perempuan Anas bersikap dan berfikiran hampir sama dengan kebanyakan perempuan zaman ini. Komentar seperti berikut,
“Kenapa dengan perempuan ini, tidakkah dia punya perasaan malu melamar sebegitu kepada Rasulullah. Tidakkah dia punya harga diri?”
Anas menjawab,
“Dia lebih baik daripada engkau. Dia cintakan Rasulullah, lantas menawarkan dirinya untuk Rasulullah.”
Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Bukhari di dalam bab “Wanita menawarkan diri kepada lelaki yang soleh”.
Jika hendak berkahwin dengan suami orang itu dianggap jahat dan penyondol, kenapa Anas memuji wanita tersebut. Bahkan Nabi SAW tidak menghina wanita tersebut pun. Siapa berani menghina sahabiyah tersebut? Semoga Allah melaknat orang yang menghina para sahabat dan sahabiyah Nabi SAW.
0 Comments