Keburukan Tidak Mematuhi Peraturan Lalulintas

Keburukan Tidak Mematuhi Peraturan Lalulintas

Keburukan Tidak Mematuhi Peraturan Lalulintas.


  • Menimbulkan kesesakan jalan raya
Pemandu yang tidak mengikuti peraturan lalulintas boleh mengundang kepada kesesakan jalan raya yang teruk. Masa perjalanan yang singkat akan menjadi lama akibat tabiat pemandu yang suma mengikut laluan kecemasan dan memotong secara melulu.




Keburukan Tidak Mematuhi Peraturan Lalulintas





  • Mengundang kemalangan
Kemalangan jalan raya mudah berlaku apabila tidak mematuhi yndang-undang lalulintas. Sebagai contoh melanggar lampu isyarat yang sudah berwarna kuning, suka memandu perlahan di laluan kanan, tidak menggunakan lampu signal semasa hendak mbelok ke kiri atau ke kanan dan sebagainya. Kemalangan adakalanya berlaku bukan sahaja membawa kepada kecederaan malahan kepada kematian


  • Pergaduhan antara satu sama lain
Pergaduhan antara satu sama lain boleh timbul apabila berlakunya perlanggaran kenderaan yang membawa kepada kos pembaikan dan ketidakpuas hatian. Pergaduhan bukan sahaja perbuatan buruk malahan boleh merenggangkan ikatan silaturrahim di kalangan masyarakat.


  • Mendapat kompaun saman dari pihak berkuasa
Kompaun pasti akan dikenakan oleh pihak berwajib kepada mana-mana pemandu yang melanggar undang-undang lalulintas. Kompaun yang diberikan secara langsung boleh memberi kesan kepada ekonomi isi rumah sesebuah keluarga.


Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Manfaat AI Dalam Pendidikan