Langgar Pelajar Hingga Maut, Pegawai Kanan Polis Didakwa
Kes langgar lari dan menyebabkan kematian terhadap seorang pelajar calon peperiksaan sijil pelajaran malaysia (spm) yang viral di pelbagai media sosial mendapat sentuhan pelbagai pihak. Walaupun jenazah alahyarham telah selamat dikebumikan, namun teransaksi keadilan bermula dan dituntut oleh pihak keluarganya.
Semoga Allahyarham ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
Sifat-sifat yang mulia perlu untuk pedoman, antaranya:
- Besopan santun semasa berbicara sesama insan
- Elakkan diri dikawal oleh nafsu dan jangan bertindak mengikut hawa nafsu
- Gunakan akal fikiran sewajarnya dengan lebih bijaksana
- Perbanyakkan mengingati yang maha Esa sebelum melakukan serta memutuskan sesuatu perkara
- Elakkan berlagak sombong dan angkuh apabila memiliki sesuatu kelebihan
Langgar Pelajar Hingga Mati, Pegawai Kanan Polis Didakwa |
Terdahulu, Mahkamah Majistret kemudiannya akan menetapkan tarikh untuk memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi Ipoh untuk perbicaraan.
Pegawai kanan berusia 44 tahun yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah itu sebelum ini direman selama tiga hari bermula Sabtu.
Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari, Jumaat lalu, mangsa, Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, yang merupakan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) maut di lokasi kejadian selepas motosikalnya dikejar dan dilanggar dari arah belakang sebuah kereta.
Difahamkan sebelum kejadian, berlaku keadaan tidak puas hati membabitkan pemandu kereta berkenaan dengan mangsa kerana membuat bising motosikal. Sumber: AstroAwani.
0 Comments