Nabi Muhammad Utusan Allah Di Dunia
Nabi Muhammad Saw merupakan salah seorang nabi utusan Allah swt. Baginda adalah nabi akhir zaman yang di utuskan ke muka bumi dan tidak ada lagi nabi selepasnya.
Baginda adalah nabi yang ke 25 dan merupakan Nabi terakhir utusan Allah swt ke muka bumi. Bapa Baginda adalah namanya Abdullah merupakan seorang anak yang disayangi oleh Abdul Mutalib. Abdullah telah mendirikan rumahtanggah dengan Aminah Binti Wahab iaitu salah seorang wanita dari
keturunan bangsa Quraisy. Aminah adalah ibu kepada Nabi Muhammad s.a.w yang telah melahirkan Baginda pada hari Isnin 12 Rabiul Awwal.
Pada suatu hari Abu Talib telah membawa Baginda dalam perjalanan ke Syam. Waktu itu usia Baginda adalah 12 tahun. Setibanya di kota Busra iaitu kampung yang bersempadan dengan Syria dan Semenanjung Arab, ada seorang rahib yang bernama Buhaira memerhatikan Baginda. Rahib ini telah melihat tanda-tanda kenabian sebagaimana diterangkan oleh kitab-kitab Nasrani terdapat pada Baginda. Lalu Buhaira memegang tangan Baginda dan beliau berkata:
"Inilah penghulu dunia sejagat, inilah orang yang diutuskan Allah sebagai rahmat untuk sekelian alam."
"Tahukah kamu, bahawa semasa kamu mendekati "al-Aqabah" tidak ada batu dan pokok-pokok pun yang tidak tunduk sujud kepadanya, sujud seperti ini hanya berlaku kepada seorang nabi sahaja dan aku kenali
pada Baginda "Khatam al-Nubuwah" penutup kenabian, ianya terletak di belakang Baginda di bawah tulang dayung bentuknya seperti epal, semua sifat-sifat Baginda tersebut di dalam kitab-kitab kami."
Baginda dibekalkan mukjizat yang paling berharga iaitu kitab suci al-quran dan hingga ke hari ini masih digunakan sebagai panduan hidup ummat manusia di muka bumi. Selain itu, sunnah baginda juga adalah yang paling baik dan menjadi landasan hidup kepada manusia.
Hal sedemikian, baginda berpesan dalam khutbahnya yang terakhir yang berbunyi, wahai ummatku, sesiapa yang berpegang dan mengikut sunnahku kalian tidak akan sesat.
Sabda Rasulullah SAW:
Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga. Riwayat Al-Sajary daripada Anas
Sepanjang riwayat Rasulullah banyak rintangan dihadapi semasa menjalankan ibadah dakwah. Namun demikian, baginda tetap gagah, sabar dengan ujian yang dihadapi demi seruan Allah swt. Surah pertama yang diterima baginda daripada Allah swt ialah Surah Al-'Alaq (سورة العلق). Surah ini adalah surah ke-96 dalam al-Quran. Surah Al-'Alaq terdiri atas 19 ayat, termasuk golongan surat-surat Makkiyah. Ayat 1 sampai dengan 5 dari surah ini adalah ayat-ayat al-Quran yang pertama sekali diturunkan, ia diturunkan pada waktu Nabi Muhammad SAW di Gua Hira'. Surat ini dinamai Al 'Alaq (segumpal darah), diambil dari perkataan Alaq yang terdapat pada ayat 2 surat ini. Surat ini dinamai juga dengan Iqra atau Al Qalam.
Nabi Muhammad Saw menjalankan ibadah dakwah dengan berjalan kaki dari rumah ke rumah, dari satu mukim ke satu mukim. Dalam pada itu, baginda juga menggunakan kenderaan haiwan iaitu unta agar dakwah baginda mudah dan cepat tersebar luas ke merata tempat.
Cabaran-cabaran yang ditempuhi baginda sepanjang dakwahnya:
Sepanjang dakwah Rasulullah pernah digelar sebagai orang yang gila. Namun hal itu dinafikan oleh Allah SWT menerusi firman-Nya bermaksud: "Dan sebenarnya sahabat kamu (Muhammad) itu (wahai golongan yang menentang Islam), bukanlah ia seorang gila (seperti yang kamu tuduh)." (Surah at-Takwir, ayat 22).
Cara Nabi Muhammad SAW menjalankan ibadah dakwah, antaranya:
Dakwah melalui lisan
- Nasihat
- Tazkirah
- Dialog
- Bercerita
- Berdebat
Dakwah melalui perbuatan
- Ziarah
- Memberikan hadiah
- Mengutuskan surat
- Menghantar utusan
- Berakhlak mulia
Biodata Nabi Muhammad Saw.
Nama penuh :
- Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
Tempat kelahiran :
- Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
Nama bapa :
- Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
Nama ibu :
- Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
Pengasuh pertama baginda :
- Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW).
Ibu susu pertama baginda :
- Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
Ibu susu kedua baginda :
- Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).
Kewafatan Baginda:
- Rasulullah saw wafat di kota Madinah Al-Munawwarah pada hari isnin, 12 Rabiulawal bersamaan dengan tahun 11 Hijrah/8 Jun 632 Masihi
Terdahulu, Muhammad bin Abdulla disebut merupakan seorang pemimpin agama, sosial, dan politik Arab serta pengasas agama Islam. Baginda adalah seorang nabi dan rasul yang terakhir di dalam kalender Islam. Baginda adalah pemimpin yang berjaya menyatukan Semenanjung Arab kepada satu tatanegara di bawah kepimpinan Islam. Nabi Muhammad dianggap oleh umat Islam sebagai pemulih keimanan monoteistik ajaran nabi-nabi terdahulu yang dibawa oleh Nabi Adam, Nuh, Ibrahim, Musa, Isa dan nabi-nabi yang lain.
Sejarah kelahiran, Baginda dilahirkan di Kota Makkah, iaitu kota Semenanjung Arab, baginda adalah anak yatim piatu sejak kecil lagi dimana baginda dijaga oleh datuknya, Abdul Muttalib bin Hasyim dan seterusnya bapa saudara baginda, Abu Talib bin Abdul Muttalib. Dalam sektor awal pekerjaan, Baginda pernah bekerja sebagai pengembala kambing dan saudagar. Perkahwinan pertamanya adalah ketika berusia 25 tahun dengan Khadijah binti Khuwailid yang berumur 40 tahun. Keluarga baginda mengamalkan ajaran hanif yang dibawa dari Nabi Ibrahim AS.
Ketika Baginda berumur 40 tahun, baginda telah menerima wahyu yang pertama daripada Allah SWT melalui malaikat Jibril (malaikat yang sama menyampaikan wahyu Allah kepada 5 orang Rasul Ulul Azmi) ketika itu baginda sedang berada di Gua Hira. Tiga tahun setelah kejadian itu, baginda mula berdakwah secara terbuka kepada penduduk Makkah dengan mengatakan "Tuhan itu Esa" dan hendaklah menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah (secara harfiahnya membawa maksud Islam) dan ia adalah satu cara hidup (الدين ad-Din) yang diterima Allah sahaja.
Pada awal dakwahan Baginda menerima beberapa orang pengikut yang terdiri daripada pelbagai golongan. Ajaran yang dibawa oleh baginda mendapat tentangan yang hebat dalam kalangan penduduk Makkah malahan mereka dilayan dengan teruk dan zalim. Oleh itu, Baginda telah menghantar beberapa orang pengikutnya ke Habsyah pada 614 M sebelum baginda dan pengikutnya lain di Makkah berhijrah ke Madinah pada tahun 622 M.
Peristiwa penghijrahan Muhammad itu menandakan permulaan bagi kalendar Islam atau takwim Hijrah. Di Madinah, Muhammad telah menyatukan semua suku kaum dibawah Piagam Madinah. Setelah bersengketa dengan penduduk Makkah selama 8 tahun, baginda membawa 10,000 pengikutnya ke Makkah serta membukanya. Muhammad dan para pengikutnya telah memusnahkan patung berhala yang terdapat di Makkah. Pada tahun 632 M, beberapa bulan selepas Ù…Øمد كان آخر نبي Haji Wida atau Haji Perpisahan, Muhammad telah jatuh sakit lalu wafat. Ketika kematiannya, hampir seluruh Semenanjung Arab berada di bawah naungan Islam (6 Mei 570M atau pun 20 April/26 April 571M). wikipedia
0 Comments