SHAH ALAM – Bagai dijangka, pasangan adik-beradik, Syaiful dan Sharif muncul sebagai juara Famili Duo musim ketiga (FD3) pada pertandingan akhir yang berlangsung di Studio NTV7 Glenmarie, di sini, malam ini.
Kemenangan tersebut melayakkan kumpulan lawak Zero itu membawa pulang ganjaran lumayan berupa wang tunai berjumlah RM100,000.
Mereka menyampaikan lagu Kong Kali Kong untuk tema pusingan pertama iaitu Tema Berkumpulan/Duet Popular disusuli lagu Medley Lemak Manis, Umpan Jinak Di Air Tenang dan Joget Angan Tak Sudah bagi segmen kedua bertemakan Bebas yang mendapat pujian melambung juri
Pasangan duo terbabit menduduki tempat pertama dengan markah keseluruhan 81 peratus meninggalkan jauh dua lagi finalis yang turut menunjukkan persaingan sengit.
Prestasi Syaiful, 34, dan adiknya, Sharif, 33, terserlah sejak awal pertandingan realiti terbabit dimulakan apabila tiga kali bergelar juara mingguan iaitu konsert pertama, kelima dan keenam.
Sumber: Kosmo.
Syaiful dan Sharif Juara Famili Dua 3 |
Pada awalnya, kedua adik beradik ini memulakan kerjaya dalam persada seni untuk menjadi seorang pelawak.
Kedua adik beradik ini berasal dari negeri Sabah di bawah bayu dan memiliki bakat semulajadi. Setiap persembahan mereka pastinya akan menghiburkan, rata-rata penonton tidak jemu dengan gelagat persembahan mereka.
Aksi lawak spontan dan mengandungi unsur-unsur positif serta kebaikan yang sering ditonjolkan mereka sering mendapat pujian para juri dan juga peminat. Ia bukan sahaja menghiburkan, malahan meningalkan pedoman dalam kehidupan.
0 Comments