UMS Anjur Majlis Konvokesyen ke-25

UMS Anjur Majlis Konvokesyen ke-25

UMS Anjur Majlis Konvokesyen ke-25


Kota Kinabalu. Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan menganjurkan Majlis Konvokesyen kali ke-25. Konvokesyen kali ini, sudah pasti melahirkan ribuan graduan dalam pelbagai program diperingkat Doktor Falsafah, Ijazah Sarjana dan Ijazah Sarjana Muda dalam pelbagai bidang sempena Majlis Konvokesyen akan berlangsung selama empat hari bermula 11 Disember tahun 2023.

Pelbagai persediaan dan persiapan yang telah dirancang awal agar suasana Majlis dapat dilaksanakan dengan penuh berjaya. UMS sememangnya merupakan salah satu Universiti awam yang terunggul di negara ini serta sentiasa digeruni dan dikenali masyarakat ramai dalam apa juga aspek.  

Persiapan yang lengkap bukan sahaja merangkumi pengurusan dan pentadbiran malahan ia juga menitik beratkan aspek keselamatan dan kesihatan. Kesiap siagaan sangatlah penting kerana semasa majlis pastinya ribuan graduan yang akan hadir beserta sanak keluarga dan rakan taulan.  


Berikut adalah pautan semakan makumat konvokesyen kali ke-25 untuk memudahkan graduan yang akan menghadiri sidang;


Semakan Maklumat Konvokesyen UMS Kali Ke-25



UMS Anjur
Majlis Konvokesyen ke-25



Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah ditubuhkan pada 24 November 1994 dan merupakan adalah sebuah universiti awam (UA) ke-9 ditubuhkan di Malaysia yang terletak di Kota Kinabalu, Sabah. Berpaksikan motto ‘Bertekad Cemerlang’, matlamat penubuhan UMS bukan semata-mata menghasilkan sumber manusia untuk memenuhi keperluan negara tetapi bermatlamat menghasilkan graduan yang berbakat, berkemahiran tinggi dan mengkhusus dalam pelbagai bidang. Sumber: Website UMS.


Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Manfaat AI Dalam Pendidikan