Ustaz Azhar Idrus, Ulama Tersohor

Ustaz Azhar Idrus, Ulama Tersohor

Ustaz Azhar Idrus, Ulama Tersohor


Ustaz Azhar Idrus merupakan salah seorang ulama tersohor di rantau ini yang memiliki ilmu pengetahuan luas dalam aspek agama dan setiasa menjaga sahsiah diri serta melaksanakanya dengan baik. Beliau yang cukup dikenali sering memberikan ceramah di Masjid, Surau, Madrasah dan juga Kawasan-kawasan terbuka. Kandungan ceramah beliau banyak tertumpuh kepada aspek keagamaan dan peningkatan kerohanian hidup di dunia. Ceramah ustaz Idrus boleh diikuti dan ditonton semula dipelbagai medium laman sesial seperti yourtube, facebook, tik tok dan lain-lain lagi.

Ustaz atau nama sebenarnya Zamrul Idrus sentiasa kelihatan tenang dan mesra kepada masyarakat walau dimana sahaja ia berada. Ustaz sering memberikan memberikan ceramah kepada semua masyarakat samaada dalam negara mahupun di luar negara. Ustaz sangat peramah dan pemurah rezeki ilmu pengetahuan kepada sesiapa sahaja yang bertanya dan berguru.

Di samping itu, Ustaz Azhar sememangnya cukup terkenal di kalangan para ulama-ulama yang lain dan sering berkongsi dan berdebat pendapat, cadangan dalam memertabatkan syariat islam dengan lebih baik dan harmoni. Penampilan Ustaz juga tetap menerapkan ciri-ciri seorang ulama yang baik dengan mengenakan pakaian jubah serta berkopiah, manakala penggunaan bahasa pertuturan harian yang digunakan adalah sopan walau dengan sesiapa sekalipun tanpa mengira darjat dan keturunan. Dalam dunia era digital, perwatakan yang baik pada diri Ustaz sering mendapat pujian dan ikutan masyarakat masa kini.



Ustaz Azhar Idrus, Ulama Tersohor





Berdasarkan pada sumber wikipedia, sejarah awal Pendidikan Ustaz Azhar Idrus bermula di Sekolah Rendah Hj Mohd Sharif, Alor Star, Kedah. Selepas tamat pengajian di peringkat Sekolah Rendah, ustaz menyambung pengajian di Sekolah Menengah Kebangsaan Darulaman, Alor Star, Kedah sampai ke tingkatan 2. Apabila ustaz memasuki ke tingkatan 3, beliau berpindah ke negeri kelahirannya di sekolah Inggeris, Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu sampai tamat pengajian tingkatan 6.


Ustaz Azhar Idrus memantapkan Pendidikan agama dalam diri dengan mempelajari bab agama secara talaqqi daripada beberapa  guru agama yang tersohor di sekitar Kuala Terengganu. antaranya ialah:

Guru pertama: 
  • Tuan Guru Haji Syed Mokhtar - Tamat lebih kurang 40 buah kitab-kitab jawi secara talaqi

Guru kedua: 
  • Tuan Guru Mohd Tahir - Khatam kitab jawi juga lebih kurang 25 buah

Guru ketiga: 
  • Tuan Guru Mohd Hakim - Mula mendalami kitab-kitab bahasa arab seperti Nahu, Sorof, Usul Fiqh, Mustolah Hadith, Usul Quran dan Balaghoh

Guru keempat: 
  • Tuan Guru Haji Hasyim - Mendalami kitab-kitab arab dalam bab Nahu, Sorof, Fiqah, Tafsir dan Faraidh

Guru kelima:  
  • Tuan Guru Haji Ibrahim Mesir - Mendalami kitab Sirah Nabawi dan Lughah Arabiyah

Guru keenam: 
  • Tuan Guru Haji Muhammad Zubir - Mendalami ilmu fiqh & nahu

Guru ketujuh: 
  • Tuan Guru Haji Mohd Zain (Pondok Lubuk Pandan) - Mengaji ilmu Fiqh, Nahwu, Sorof, Tafsir, & Balahgoh


Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Maulana Tersohor Di Dunia