Kepentingan Air Dalam Kehidupan Harian

Kepentingan Air Dalam Kehidupan Harian

Kepentingan Air Dalam Kehidupan Harian


Pengenalan.
Air merupakan salah satu keperluan asas manusia untuk meneruskan hidup dimuka bumi ini. Sumber air boleh diperolehi daripada air hujan, air laut, air sungai dan air bawah tanah.

Lazimnya, 60 peratus badan manusia memerlukan air untuk terus sihat dan hidup di muka bumi dengan lebih baik.





Terdapat banyak kepentingan air dalam kehidupan seharian, antaranya berikut:

  • Sumber minuman.
Air merupakan sumber minuman utama kepada semua manusia. Ia boleh melegakan rasa dahaga atau haus dengan lebih sihat. Badan manusia memerlukan air untuk lebih bertenaga.


  • Membersihkan barang-keperluan semasa.
Air juga digunakan untuk membersihkan barang-barang keperluan semasa, seperti pakaian, barang rumah, kenderaan dan lain-lain lagi


  • Bahan keperluan kepada makanan.
Air sangat diperlukan dalam penyediaan makanan seharian, seperti kepada kegunaan memasak nasi, sayur dan lain-lain lagi.


  • Membersihkan anggota badan
Air adalah penting untuk membersihkan seluruh anggota badan seperi mandi, membuang air besar atau kecil, untuk kegunaan berwuduk dan lain-lain lagi.



"Air Adalah Keperluan Bersama"

Tindakan bijak apabila menggunakan sumber air agar tidak membazir.

Pembaziran terhadap penggunaan air bukan sahaja satu perbuatan yabg tidak baik, malahan sangat menyusahkan atau memberi kesan kepada pengguna yang lain. Oleh itu elakkanlah daripada membazir semasa menggunakan air. Pastikan semua pili paip rumah tertutup agar air tidak keluar dan melimpah. Dalam pada itu, gunakanlah mengikut keperluan adan kuantiti yang baik.


Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Manfaat AI Dalam Pendidikan