Maksud Halalan Toyyiban
Saudara dan saudari sekalian, kaum mulimin dan muslimat. Isu halalan toyyiban sering mendapat perhatian dari pelbagai pihak, hal ini sangatlah penting khususnya kepada ummat islam. Oleh itu hasil daripada kajian, berikut adalah antara dua sumber utama dikongsikan yang jelas menerangkan maksud halalan toyyiban. Semoga dengan perkongsian maklumat ini memberi keterbukaan serta pengetahuan ilmu kepada para sahabat.
Berdasarkan pada sumber kumparan, Halalan Toyyiban merupakan gabungan kata halal dan toyyiban. Halal dalam pandangan agama diartikan sebagai sesuatu yang tidak haram. Sedangkan toyyiban adalah makanan dengan kandungan unsur-unsur yang diperlukan oleh tubuh.
Pembahasan mengenai halalan toyyiban juga dijelaskan dalam Al Quran Surat Al Baqarah ayat 168.
Bismillah hirrohman nirrohim.
يَا أَيُّهَا النَّاسُ كُلُوا مِمَّا فِي الْأَرْضِ حَلَالًا طَيِّبًا وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَات الشَّيْطَانِ ۚ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ
Terjemahanya: “Wahai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah mengikuti langkah-langkah setan. Sesungguhnya setan adalah musuh yang nyata bagi kalian.” (QS al-Baqarah: 168). sumber: kumparan.com
Maksud Halalan Toyyiban |
Halalan toyyiban dalam produk makanan, minuman, rumah sembelih, barangan gunaan, kosmetik, farmaseutikal, logistic dan sebagainya telah dirangkumkan sebagaimana yang telah dijelaskan oleh ALLAH SWT dalam firman-Nya: "Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik daripada apa yang terdapat di bumi dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu." (Surah al-Baqarah, ayat 168) Jelas, ayat di atas menunjukkan halal itu untuk semua manusia. Maka, ALLAH SWT mengajar manusia supaya makan, guna atau manfaatkan produk yang bukan semata-mata halal dari sudut fikah tetapi juga dari sudut sains iaitu bersih, selamat, berkualiti dan diurus dengan baik. Pada asasnya, halal dan toyyib saling melengkapi antara satu sama lain. Toyyiban antara lain menitikberatkan kepada kualiti dan keselamatan sesuatu makanan atau produk untuk dimakan. Secara keseluruhan, terdapat empat ayat yang ALLAH gabungkan perkataan halalan toyyiban sepertimana dalam Surah al-Baqarah (ayat 168), al-An'am (ayat 145), al-A'raf (ayat 157) dan al-Ma'idah (ayat 4). sumber: mais.gov.my
0 Comments