Tip Kelihatan Ceria
Ceria adalah satu suasana yang diinginkan oleh setiap insan agar mendapat kehidupan yang harmoni serta sihat dalaman dan luaran setiap hari.
Keadaan berkenaan boleh diperolehi oleh semua pihak melalui pelbagai cara, dan berikut adalah antara tip kelihatan ceria;
- Memakan makanan yang seimbang
Pemakanan adalah satu faktor kepada kesihatan anggota badan dan membawa kepada keceriaan dalam hidup. Badan yang cergas dan sihat membuatkan raut wajah dan pemikiran akan lebih tajam dan ceria. Dalam masa sama sesuatu perkara dapat dilakukan dengan baik dan berkesan.
- Bergaul dengan golongan yang baik-baik
Keceriaan juga dapat dinikmati apabila bergaul dengan orang-orang yang baik iaitu golongan yang membawa kepada kemajuan serta keharmonian hidup. Hidup akan lebih aman dan ceria walau apa juga perkara dilakukan.
- Meningkatkan ilmu pengetahuan secara positif
Ilmu pengetahuan juga sangat penting dalam diri agar diri menjadi insan yang berilmu dan secara langsung mengembirakan diri dengan lebih bahagia dan harmoni. Sesuatu ilmu yang baik mampu menceriakan susana dan seterusnya berupaya membawa kepada kejayaan diri.
- Memantapkan amalan ibadah dengan baik
Dalam kehidupan, faktor agama adalah paling utama kerana setiap keceriaan adalah dari yang maha Esa. Oleh itu tingkatkanlah amal ibadah dengan mendirikan solat, memanjatkan doa yang baik-baik kepada Allah swt agar nikmat keceriaan yang dikehendaki dapat diperolehi dan dimiliki dengan gembira. Ketahuilah dan yakin sesuatu perkara itu ada hikmahnya dan segala yang buruk itu adalah kelakuan sendiri, manakala yang baik itu adalah nikmat darinya.
0 Comments