Ajaran Wahabi

Ajaran Wahabi

 AJARAN WAHABI. 


1. Beriktiqod/ berpegang/ meyakini bahawa ALLAH berada di langit. (fahaman Ahlus sunnah wal jamaah berpegang bahawa ALLAH wujud tanpa bertempat) 


2. Memahami al quran dan hadis dengan zahir sahaja 


3. Memusuhi fahaman ASWJ Asyairah dan Maturidiah 


4. Suka membidaahkan amalan khilafiah 


5. Bagi mereka, bidaah adalah bidaah dholalah sahaja. Tidak ada bidaah hasanah. 


6. Mensyirikkan tawassul, tabarruk, istighasah, ziarah kubur, qasidah dsb 


7. Menolak hadis dhaif 


8. Menolak majlis maulid. Mengatakan maulid bidaah, tahlil bidaah, talkin bidaah, solat terawih 20 rakaat bidaah, wirid beramai-ramai bidaah, bacaan yasin malam jumaat bidaah dsb 


9. Memusuhi para habaib (habib-habib) 


10. Memusuhi orang sufi 


11. Menuduh ASWJ sebagai syiah 


12. Suka mendakwa diri pengikut salaf dengan slogan kembali ke manhaj salaf tapi berakidah ALLAH di langit 


13. Menolak takwil 


14. Menolak ulama dengan alasan kembali kepada al quran dan hadis (sedangkan para ulama lebih faham al quran dan hadis daripada kita semua) 


15. Menuduh orang yang ziarah kubur sebagai penyembah kubur 


16. Mensyirikkan orang yang memakai logo capal 


17. Suka melabel orang yang berfahaman ASWJ dengan label capaliyun, kuburiyyun, ahli bidaah, ahli syirik dsb 


18. Tidak mengaku mereka berfahaman wahabi. Bila dikata wahabi, mereka akan tanya "wahabi tu apa", "wahabi tu sebenarnya takda, hanya fitnah dan propaganda belaka" 


19. Suka merujuk kepada syeikh usaimin, syeikh albani, syeikh bin baz, imam ibnu taimiah dan lain-lain 


Banyak lagi ciri-ciri mereka. Tapi cukuplah sedikit ini sebagai panduan untuk kita berhati-hati. Jika ada ciri-ciri di atas, maka jauhilah sekalipun mereka membawa dalil daripada Al Quran dan Hadis untuk membenarkan fahaman mereka. 







Fahaman wahabi ni bahaya,ia menyebabkan umat saling berbalah, memusuhi ulama, lebih teruk lagi ia merosakkan akidah, menyamakan ALLAH dengan makhluk Jangan sampai terpengaruh Jangan risau, kita pun ada dalil Sekali pandang, seakan-akan mereka yang betul sebab itu ramai yang terpengaruh Tapi jika diperhalusi, maka fahaman mereka itu sangat radikal Dan menyimpang

Fahaman ASWAJA


Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Manfaat AI Dalam Pendidikan